CARA ISI SMPK 2.0( Proses Pengisan Setiap Dimensi)

CARA ISI SMPK 2.0( Proses Pengisan Setiap Dimensi)

cara isi smpk

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan penarafan kualiti prasekolah menggunakan instrument Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK).

Pelaksanaan SKPK 2.0  perlu diisi menggunakan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK). Sistem ini berfungsi untuk mengumpul data berkenaan prasekolah dan para pelajar di prasekolah. Kami akan kongsikan cara isi SMPK dengan mudah dan tepat kepada anda semua.

Cara Login SMPK Prasekolah KPM 

 Anda boleh lakukan SMPK login secara online dengan log masuk melalui ID dan password yang anda perolehi sebelum ini untuk akses ke pautan ini : https://smpk.moe.gov.my 

 

Apa Itu SKPK 2.0

SKPK 2.0 merupakan instrument Penilaian Kendiri (PK) yang mengandungi Lima Dimensi Kualiti (DK) untuk menilai kualiti Program Pendidikan Prasekolah menggunakan kriteria seperti berikut :

 

  1. Kualiti Guru dan Pembantu Guru/Pembantu Pengurusan Murid
  2. Kualiti Tadbir urus
  3. Kualiti Kurikulum
  4. Kualiti Penglibatan Ibu Bapa/Penjaga dan Komuniti
  5. Kualiti Kesihatan, Pemakanan Dan Keselamatan

 

Siapakah yang Terlibat SKPK 2.0

 SEKOLAH/INSTITUSI PRASEKOLAH

  • Melaksanakan penilaian kendiri (PK) SKPK 2.0  dengan mematuhi 
proses pelaksanaannya sepertimana yang ditetapkan dalam Garis Panduan Pelaksanaan Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan 2.0

 

PPD dan JPN

  • Memantau pengisian PK-SKPK 2.0 secara dalam talian peringkat daerah/negeri mengikut tempoh yang ditetapkan dan memastikan proses pelaksanaannya dipatuhi

 

KEMAS dan JPNIN

  • Memperakukan data dan maklumat PK-SKPK 2.0 yang diisi oleh institusi prasekolah di bawah seliaan masing-masing mengikut tempoh yang ditetapkan
  • Memantau pengisian  PK-SKPK 2.0 secara dalam talian peringkat  daerah/negeri mengikut tempoh yang ditetapkan dan memastikan proses pelaksanaannya dipatuhi

 

Cara Isi SKPK 2.0

 Berikut adalah tatacara lengkap cara isi SKPK 2.0 :

 

  1. Pastikan anda login di pautan ini terlebih dahulu : https://smpk.moe.gov.my 
  2. Kemudian, anda klik pada Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan 2.0 (SKPK 2.0)

 

  1. Muat turun SPI SKPK 2.0, Instrumen SKPK 2.0, Deskripsi Skor SKPK 2.0 dan Garis Panduan Pelaksanaan SKPK 2.0

 

  1. KLIK pada setiap dimensi untuk isi data dan maklumat.

 

  1. Isi dimensi 1 : Kualiti Guru dan PG/PPM. Pastikan anda melengkapkan maklumat yang diminta pada status “Tidak Lengkap”. Klik “Papar” untuk isi data tersebut

 

  1. Anda boleh teruskan mengisi dimensi lain berdasarkan gambar di bawah.

 

  1. Tugas anda selesai, Guru besar akan melakukan deraf dan perakuan setelah anda melengkapkan semua data tersebut.

 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya ada sebarang aduan berhubung masalah Login SMPK , anda boleh Boleh hantarkan masalah ini terus ke e-mel, [email protected]

Semoga perkongsian cara isi SMPK ini memberikan manfaat kepada anda.

 

Artikel Alin: Cara Login ePrasekolah

Leave a Comment