CARA GUNA WHATSAPP SECARA MULTI-PERANTI(Sebuah telefon, WhatsApp Web, WhatsApp Desktop & Facebook Portal)

CARA GUNA WHATSAPP SECARA MULTI-PERANTI(Sebuah telefon, WhatsApp Web, WhatsApp Desktop & Facebook Portal)

GUNA WHATSAPP MULTI-PERANTI

Aplikasi Whatsapp adalah medium pilihan utama masyarakat di Malaysia. Komunikasi menggunakan medium whatsapp tidak kira masa dan tempat menjadikan ia sebagai satu keperluan harian.

Kini orang ramai boleh guna whatsapp multi-peranti, satu berita gembira kepada pendokong whatsapp. Anda boleh menggunakan WhatsApp Web, WhatsApp Desktop dan juga pada Facebook Portal pada telefon anda.

Anda boleh ikuti panduan mudah yang kami berikan dibawah. Panduan ini akan membantu anda lebih memahami cara guna whatsapp tersebut.

 

Kelebihan Guna Whatsapp Multi-Peranti

Sebagai pengguna tegar whatsapp, anda pasti kagum dengan kemudahan terbaru yang ditawarkan oleh aplikasi ini.

  1. Whatsapp Dekstop masih berfungsi dengan lancer walaupun anda membuat Mod Pesawat pada telefon anda.
  2. Ada pemberitahuan sekiranya mesej tidak sempat dimuat naik dan akan dimuat turun apabila telefon anda bersambung dengan internet.
  3. Anda akan tetap dapat menggunakan WhatsApp di web atau desktop apabila peranti utama mati kerana kehabisan bateri atau tiada akses Internet.
  4. Sebagai penjual atas talian, pekerja anda juga boleh turut akses Whatsapp syarikat untuk membuat urusan.

 

Ciri-ciri Whatsapp Multi-Peranti

Terdapat beberapa ciri yang ada pada whatsapp ini:

 

  1. Usah risau pasal internet, penggunaan whatsapp tersebut masih berjalan .
  2. Anda boleh menghubungi orang lain menggunakan panggilan suara dan video secara rentas-peranti.
  3. Hanya boleh menghantar mesej dan menerima apa jua panggilan daripada pengguna yang sudah mengemaskini aplikasi Whatsapp ke versi terkini.

 

Cara Guna Whatsapp Multi-Peranti

Anda hanya perlu ikuti panduan mudah di bawah:

 

  1. Pastikan anda muat turun aplikasi Whatsapp yang bersesuaian.
  2. Tekan pautkan peranti pada menu tiga titik.

 

  1. Pilih pada pilihan menyertai Beta.

 

  1. Baca tera dan syarat.

 

  1. Ikuti Langkah seterusnya dan selesai.

 

Anda boleh layari : https://www.whatsapp.com/

 

Ciri-Ciri Yang Tiada Pada Whatsapp Multi-Peranti

 

Berikut adalah ciri-ciri yang belum didokong oleh whatsapp multi-peranti:

 

  1. Melihat Live Location pada peranti pendamping.
  2. Pin Chat pada Whatsapp Web atau Desktop.
  3. Pengguna Whatsapp Business tidak boleh edit nama perniagaan anda pada Whatsapp Web dan Desktop.

Semoga perkongsian cara GUNA WHATSAPP MULTI-PERANTI ini memberikan manfaat kepada anda.

 

Artikel Lain : Cara Buat Folder Telegram Whatsapp

1 thought on “CARA GUNA WHATSAPP SECARA MULTI-PERANTI(Sebuah telefon, WhatsApp Web, WhatsApp Desktop & Facebook Portal)”

Leave a Comment