CARA KEMASKINI MODUL E-PROFIL INDIVIDU SISTEM GURU MALAYSIA(SGMy)
Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan Sistem Guru Malaysia (SGMy) untk merancang, mengurus serta merekod Latihan dan kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
Laman Sistem Guru Malaysia mempunyai dua modul utama iaitu Modul Penyelaras untuk kegunaan Penyelaras SGMy dan Modul Individu Khas untuk kegunaan individu.
Kami akan memberikan panduan ringkas kepada anda cara kemaskini e-Profil Individu yang pastinya dapat membantu anda mengemaskini dengan cepat dan mudah. Anda hanya perlu ikut cara kemaskini SGMy tersebut.
Apa Itu Sistem Guru Malaysia (SGMy)
MISI Sistem Guru Malaysia ialah Memastikan Individu Dalam Profesion Keguruan Sentiasa Berkualiti Dan Kekal Berkualiti Sepanjang Tempoh Perkhidmatan.
OBJEKTIF Sistem Guru Malaysia ialah Menjadikan individu yang berada dalam profesion keguruan diiktiraf sebagai golongan yang profesional. Selain itu, SGMY ingin Memastikan individu dalam profesion keguruan sentiasa berkualiti dan kekal berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Tambahan lagi, SGMy ingin memastikan Guru yang berdaftar dengan KPM akan diberikan Sijil Guru Malaysia yang mempunyai nombor unik yang kekal sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai nombor pengenalan diri dalam profesion keguruan.
Anda boleh layari pautan ini: https://sgmy.moe.gov.my/
Cara Login Sistem Guru Malaysia (SGMy)
Untuk mengakses modul individu, anda boleh ikuti cara dibawah :
- Sila layari pautan : https://sgmy.moe.gov.my/
- Klik pada butang akses Modul Individu pada paparan.
- Masukan Id Pengguna dan Kata Laluan dan klik pada butang hantar untuk log masuk ke dalam system.
- Untuk ID Pengguna biasanya masukkan kad pengenalan anda dan kata laluan ialah 4 digit terakhir kad pengenalan anda.
Cara Kemaskini Modul e-Profil Individu Sistem Guru Malaysia (SGMy)
Setelah anda dapat login, pastikan anda membuat kemaskini pada modul e-profil individu seperti dibawah:
- Klik pada e-Profil di sebelah kiri laman website.
- Terdapat beberapa menu yang perlu anda masukan data dan maklumat.
- Pastikan setelah anda kemaskini, anda tekan butang hantar.
- Proses kemaskini selesai.
Cara Muat Turun Sijil Guru Malaysia (SGMy) Versi Baru 2023
Untuk makluman, kini KPM tidak lagi mencetak dan pos Sijil Guru Malaysia (SGM) kepada guru-guru. Para guru kini boleh muat turun sijil digital SGM)dari portal Sistem Guru Malaysia (SGMy). berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautam SGMy: https://sgmy.moe.gov.my/
- Pada paparan utama pilih pada Modul Individu SGMy
- Seterusnya klik Login pada pilihan anda sama ada:
- Guru KPM
- Guru Swasta
- Masukkan No Kad Pengenalan dan kata laluan (kata laluan sama seperti kata laluan SPLKPM) kemudian klik Hantar
- Seterusnya anda boleh muat turun Sijil Guru Malaysia dengan klik pilihan samaada:
- Cetak (Bahasa Malaysia) untukversi Bahasa Malaysia
- Print (English) untuk versi Bahasa Inggeris
Sebarang Pertanyaan Mengenai Sistem Guru Malaysia
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Alamat : BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Aras 2, BLOK E13, PARCEL E KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA.
Nombor Telefon (Teknikal) :03-8884 1055/ 03-88841270/ 03-8884 1147
Meja Bantuan : [email protected]
Semoga perkongsian cara kemaskini SGMy ini mmberikan manfaat kepada anda semua.
Artikel Lain : Cara Daftar PLC dalam SPLKPM