splkpm.moe.gov.my:CARA LOGIN, KEMASKINI & ISI SPLKPM
Untuk mengakses SPLKM Modul Individu, sila layari direct link splkpm.moe.gov.my.
Ini adalah bertujuan untuk membolehkan guru-guru memasukkan rekod, mengesahkan kursus yang dihadiri dan juga mencukupkan jam kredit.
Untuk guru baru, izinkan kami berkongsi panduan untuk login dan daftar Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan.
NOTA:
Untuk guru biasa, login SPLKPM Modul Individu di sini: https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/
Untuk SUDLP, login Modul Penyelaras di sini: https://splkpm.moe.gov.my/apps/
Baca Juga: apdm.moe.gov.my:CARA LOG MASUK APDM KPM
Login SPLKPM Di splkpm.moe.gov.my
Berikut ialah langkah-langkah untuk login atau masuk ke dalam sistem SPLKPM (dulu dikenali dengan nama SPLG KPM / SPLGKPM)
- Layari laman web rasmi SPLKPM di sini: https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/
- Pastikan ada paparan Log Masuk Modul Individu
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dengan lengkap tanpa sempang (-) atau dash
- Masukkan Kata Laluan
- Jika anda terlupa, Kata Laluan asal ialah 4 digit yang di belakang Nombor Kad Pengenalan anda
- Tekan Hantar
- Akan terpapar mesej berikut:
- Selamat Datang,
- No Kad Pengenalan dan Kata laluan diberi kebenaran untuk Akses Sistem+ Sila Tukar Kata Laluan sekiranya masih belum berbuat demikian bagi mengelakkan data dan maklumat diceroboh oleh pihak yang tidak berkepentingan.
- Klik Close
- Anda kini berada di dalam sistem SPLKPM Modul Individu
Baca Juga: epsa.gov.my:Cara Login EPSA Kursus Online KPM
Cara Isi SPLKPM Selepas Login
- Berikut pula ialah langkah-langkah untuk mengisi SPLKPM:
- Log masuk SPL KPM terlebih dahulu di sini: https://splkpm.moe.gov.my/i_splg/
- Selepas berjaya login, klik Pembelajaran Kendiri
- Lihat senarai Pembelajaran Kendiri
- Lihat e-Pembelajaran
- Klik Tambah Aktiviti
- Masukkan maklumat yang berkenaan
- Sila ambil maklum, masih lagi belum selesai
- Maklumkan kepada admin SPLKPM sekolah anda untuk membuat sokongan dan pengesahan berdasarkan sijil yang diberikan.
Baca Juga: eportal.felda.net.my:SEMAKAN HUTANG PENEROKA FELDA(Check Baki Pinjaman/Penghapusan Hutang)
Daftar SPLKPM Di splkpm.moe.gov.my
Sila ambil maklum, tidak ada pautan untuk pendaftaran baru di laman web SPLKPM.
Jadi, bagaimana mahu mendaftar?
Sila hubungi admin SPLKPM di sekolah anda untuk maklumat lanjut.
Baca Juga: eoperasi.moe.gov.my:LOGIN eOPERASI & KEMASKINI MAKLUMAT
Hanya Guru Perlu Kemaskini SPL KPM?
Bukan guru sahaja yang perlu mengemaskini SPL KPM.
Pegawai yang berkhidmat di bahagian seperti di bawah ini dikehendakikemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan data:
- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
- Kolej Matrikulasi
- Institut Pendidikan Guru (IPG)
- Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)
- Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Manakala Pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang berada di sekolah perlu kemaskini profil masing-masing menerusi pangkalan data eOperasi.
Semua individu juag diminta menjawab Training Needs Analysis (TNA) atau matriks kompetensi yang disediakan bagai membolehkan pihak pengurusan merancang LDP yang diperlukan.
Jika masih tidak jelas, sila baca manual pengguna SPLKPM yang lengkap.
Baca Juga: LPPSA i-PRIHATIN : PERMOHONAN PERLINDUNGAN GPA & SEMAKAN SENARAI MANFAAT
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut tentang SPLKPM ini anda boleh hubungi penyelaras negeri masing-masing seperti dibawah:
Diharapkan agar perkongsian pautan untuk login splkpm.moe.gov.my ini akan memudahkan lagi urusan anda.
Teruskan mendidik bangsa.
2 thoughts on “splkpm.moe.gov.my:CARA LOGIN, KEMASKINI & ISI SPLKPM”