Cara Pilih Dashcam Kereta Terbaik (Senarai Jenama Harga Murah Kualiti HD)

Cara Pilih Dashcam Kereta Terbaik (Senarai Jenama Harga Murah Kualiti HD)

 Dashcam Kereta

Kejadian kemalangan jalan raya terutamanya pada musim perayaan sering berlaku. Tiada siapa yang mahu kenderaan masing-masing mengalami kemalangan. Apabila ingin membuat laporan polis atau tuntutan insurans, rakaman semasa kemalangan amat penting dan membantu proses tersebut.Seringkali kita melihat rakaman video kemalangan di media sosial. Rakaman tersebut diperolehi dari dashcam kereta.Kami akan membantu anda untuk membuat pilihan terbaik ketika membeli dashcam teserta memastikan pilihan anda berkualiti dan berpatutan.

 

Fungsi Dashcam Kereta

Sebelum itu saya ingin terangkan apakah fungsi dash cam pada kenderaan

  • Sebagai aksesori tambahan unuk merakam waktu dan perjalanan anda.
  • Merakam apabila terjadinya kejadian yang tidak diingini berlaku contohnya kemalangan, langgar lari dan sebagainya.
  • Video boleh diguna pakai sebagai bukti untuk proses siasatan sekiranya berlaku kemalangan.
  • Sebagai alat keselamatan kereta anda semasa di parking.

 

Cara Pilih Dashcam Kereta Terbaik

Terdapat banyak pilihan dan harga yang berbeza-beza yang ditawarkan di kedai mahupun di platform atas talian.

Berapa bajet yang diperlukan untuk pasang dashcam ni?

Sebelum korang beli, korang kenalpasti dulu jenis dashcam, ciri-ciri dan model dashcam. Selepas itu, barulah korang boleh membuat perbandingan dengan lebih bijak dan pilih yang paling sesuai.

1.Kualiti dan Resolusi Rakaman Dashcam

Pastikan resolusi dashcam kereta korang mempunyai sekurang-kurangnya 720P. Nak lebih elok, ambil yang resolusinya 1080 atau 2K.

Tapi korang kena ingat matlamat utama dashcam adalah untuk mendapatkan nombor plat dengan jelas bukan untuk rekod video paling cantik. Lagipun, lagi tinggi resolusi semakin tinggi memori dashcam korang nanti.

2.Memori Dashcam 

Rakaman daripada dashcam kereta akan disimpan dalam kad memori. Untuk pengetahuan korang, semakin tinggi resolusi dan kualiti video, makin besar saiz video.
Korang boleh dapatkan 8GB, 16GB, 32GB, 64GB, 128GB dan banyak lagi. Seeloknya korang beli terus kad memori yang mempunyai saiz yang besar.
Pastikan juga kad memori dashcam korang tu boleh ditanggal dan diganti. Ini akan memudahkan korang untuk menyimpan video-video kalau korang nak.

3.Night Vision

Lagi power kalau dashcam kereta korang dilengkapi dengan High Dynamic (HD) Range. Korang akan mendapati rakaman video korang jauh lebih jelas waktu malam.

Penting untuk memastikan dashcam berfungsi pada waktu malam sebab waktu malam ni korang lagi berisiko untuk mengalami kemalangan. Lebih-lebih lagi kalau lalu jalan yang tak ada lampu dan kereta juga biasanya lebih laju kerana keadaan trafik yang tak begitu sesak.

4.Parking Mode

Dashcam kereta yang ada ciri parking mode ini lebih mahal berbanding dashcam yang biasa-biasa. Walau bagaimanapun, ramai yang berpendapat berbaloi untuk mengeluarkan kos tambahan untuk memastikan semua kejadian yang melibatkan kenderaan mereka direkodkan.

Dengan adanya parking mode, korang akan mengetahui apa yang terjadi pada kereta korang semasa korang tak ada dekat dengan kereta.

 

Dashcam Kereta Terbaik 

  1. DD PAI DASH CAM MINI 1080P HD WIFI

Dashcam Kereta

Harga RM130-RM200

https://www.directd.com.my/ddpai-mini

  • Kualiti HD gambar/video 1080P.
  • 140 darjah untuk mod malam.
  • G sensor – untuk rakaman kecemasan auto.
  • Kawalan di telefon anda dengan menggunakan wifi.
  • Muat turun aplikasi ddpai yang disediakan.
  • Lens berpusing 330 darjah.
  • Penglihatan gambar /video waktu malam yang jelas.
  • Pemantauan 24 jam apabila kereta diparking.
  • Rakaman HD penuh.

2. 70MAI DASHCAM PRO PLUS+A500S WIFI

70MAI DASHCAM PRO PLUS+A500S WIFI

Harga RM270 – RM300

  • Anda boleh melihat lokasi serta kelajuaan melalui aplikasi mudah alih anda.
  • ADAS membantu memberikan amaran tentang bahaya di hadapan kenderaan semasa memandu melalui telefon.
  • Perlindungan kepada kenderaan anda semasa dipaking selama 24 jam.
  • Sensor Sony IMX335 5 mega piksel merakam video 1944P dengan jelas pada siang/malam.
  • Dilengkapi dengan F.18 dapat memberikan anda gambar/video yang jelas pada waktu malam.
  • Video disempan pada memori kad ( micro SD ).
  • Pemasangan yang mudah dan hanya memerlukan punca kuasa 12v.
  • Waranti – 1 tahun.

3. 70MAI A400 CAR RECORDER DASH CAM WIFI

dashcam kereta

Harga Rm210 – Rm250

  • Revolusi video QHD 2560 x 1440.
  • OV 145 darjah FOV sudut lebar untuk rakaman yang luas.
  • IP IPS 2 inci untuk melihat sudut pemandangan yang lebih baik.
  • Untuk pandangan belakang memerlukan kamera ( jual secara berasing ).
  • vision penglihatan malam yang telah dipertingkatkan tahap kejelasan.
  • Apertur F2.0 meningkatkan kualiti penglihatan malam.
  • Teknologi WDR Menyeimbangkan kualiti gambar dengan berkesan.
  • Penjagaan kereta anda selama 24 jam semasa parking secara automatik.
  • Semua rakaman tersimpan pada micro sd dengan selamat daripada penuh.

4.GLOBAL VERSION YI DASH CAMERA NIGHTSCAPE WIFI

Dashcam Kereta

Harga RM240- Rm300

  • 1080P revolusi HD penuh.
  • 140 degree wide angle.
  • 2.4′ lebar skrin.
  • Dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan ( ADAS).
  • Kualiti paparan video yang terang pada waktu malam.
  • Kualiti ditingkatkan dengan Sony Starvis Sensor.
  • Beroperasi tanpa bateri.
  • Menyokong penyimpanan video di Micro SD sehingga 64gb.
  • Boleh disambungkan di android atau ios dengan aplikasi yang disediakan ( Aplikasi YI DASH ).
  • Waranti – 1 tahun.

5. XIAOMI 70MAI REAR MIRROR CAM

aa

Harga RM250- RM300

  • Penglihatan yang luas dengan perincian penuh IPS 9.35 serta pandangan belakang pada sudut yang lebar.
  • Dengan kamera depan dan belakang 1080P kualiti video menjadi sangat baik.
  • Pemprosesan Hisilicon 3556 V200 menjadikan paparan video sangat jelas.
  • Sesuai pada pemasangan semua jenis kereta.
  • Auto delete untuk padam video lama supaya memori kad tidak penuh.
  • Boleh download video dari kamera melalui wifi dengan aplikasi yang disediakan.
  • Android atau Ios boleh menggunakan aplikasi ini.

 

Cara Pasang Setting Dashcam Dengan Betul Tepat

Kepada anda yang ingin mengetahui cara pasang dan setting dashcam dengan betul, berikut adlaah merupakan garis panduan untuk kegunaan umum bagi memberi bimbingan tentang cara pemasangan kamera papan pemuka yang ideal iaitu:

  1. Sahkan unit
    • Sahkan bahawa unit yang anda terima ialah sama dengan apa yang dihuraikan dalam buku manual/panduan.
  2. Kedudukan terbaik
    • Kedudukan terbaik pasang dashcam ialah di tengah-tengah cermin kereta, bahagaian atas, satu pertiga dari bahagian atas. Hal ini supaya peletakan itu tidak mengganggu pandangan pemandu.
  3. Laras sudut
    • Sudut disarankan ialah 95° menghadap ke hadapan. Anda boleh ubah/laraskan mengikut sudut pandang mengikut yang anda rasakan sesuai.
  4. Kamera belakang
    • Untuk pasang dashcam belakang pula, kedudukan terbaiknya juga di bahagian atas, tengahtas pada cermin belakang. Sambungkan pada unit utama untuk bolehkan rakaman.
  5. Punca kuasa
    • Anda disarankan untuk guna soket USB tersedia atau pencucuh rokok 12V sebagai punca kuasa

Nota:Merujuk kepada garis panduan berkenaan kamera papan pemuka yang dilancarkan oleh CyberSecurity Malaysia pada Persidangan Pakar Kenderaan Moden (MOVE) 2022.

 

Artikel lain : Cara Pilih CCTV Terbaik

Leave a Comment