CARA AKTIFKAN SPayLater 2023(Bayaran Secara Ansuran Di Shopee)
Bagi yang pertama kali ingin mencuba buat ansuran di Shopee, anda kini boleh menggunakan ciri terbaru, SPayLater yang akan ditawarkan kepada pengguna terpilih tanpa perlu guna kad kredit pun mengikut cara aktifkan di bawah.
SPayLater adalah salah satu kaedah pembayaran terbaru yang diperkenalkan iaitu Shopee’s Buy-Now-Pay-Later. Anda boleh buat belian serta-merta dan bayar untuk bulan berikutnya.
Jadi dengan cara ini, anda akan dapat barang tersebut terlebih dahulu dan bayar kemudian. Pastinya digunakan jika barang tersebut bernilai ribuan ringgit.
Anda diberi pilihan untuk bayar semula sekali gus pada bulan berikutnya atau dalam tempoh 2 bulan, 3 bulan atau 6 bulan dengan penambahan caj pemprosesan sebanyak 1.25% daripada jumlah barangan tersebut.
Ketika artikel ini diterbitkan, Shopee sedang menawarkan RM300 bagi pengguna terpilih yang mana telah mengaktifkan SPayLater mereka. Jangan lepas peluang ini.
Kadar faedah dan caj bergantung kepada plan pembayaran semula
Cara Akftifkan SPayLater Di Shopee
Pengguna Shopee yang telah aktifkan MyKad (verified) dan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas layak untuk menggunakan SPayLater.
Akan tetapi, ciri ini anda perlu aktifkan dan nilai adalah berbeza mengikut kelayakan. Mungkin ada yang terima RM1000, RM2000 atau sehingga RM3000.
Jadi jumlah itu sahaja yang anda boleh gunakan untuk beli apa-apa barang di Shopee secara hutang.
Ikuti langkah-langkah berikut:
- Buka aplikasi Shopee dan pergi bahagian ‘Me’ > ‘SPayLater’
- Kemudian klik ‘Activate Now’
- Anda perlu masukkan kod pengesahan yang dihantar di no. telefon anda
- Upload gambar MyKad anda dan masukkan butiran yang diperlukan
- Kemudian perlu melalui ‘facial verification’ dengan ambil gambar selfie
- Selesai! Kin SPayLater anda sudah diaktifkan
CARA AKTIFKAN SPayLater
Jadi jika sudah diaktifkan, macam mana pula nak guna ketika buat bayaran pada barang yang kita suka nanti? Ikuti langkah dibawah
Baca Juga: CARA DAFTAR PAKEJ REMAJA & PERANTI KELUARGA MALAYSIA (Bantuan Akses Internet)
Cara Bayar Menggunakan SPayLater
- Buat pesanan seperti biasa di Shopee. Seperti contoh, anda ingin beli iPad Air 4th Generation.
- Klik ‘add to Cart’ > ‘Check Out’
- Kemudian pada bahagian Payment Method, pilih ‘SPayLater’
- Pilih plan pembayaran anda. Samada bayar kesemuanya pada bulan hadapan tanpa caj atau 2x, 3x atau 6x dan klik ‘Confirm’
- Masukkan pin ShopeePay anda
- Akhir sekali, anda akan menerima pengesahan bayaran. Selesai!
Barang anda akan dipos kepada anda dan bayaran dibuat bermula bulan seterusnya bergantung kepada plan pembayaran anda.
Jadi sekiranya tarikh bayaran sudah sampai, macam mana anda nak bayar semula bil SPayLater anda tersebut?
Cara Bayar Bil SPayLater Anda
Jika anda sudah aktifkan SPayLater, akan terdapat halaman khusus untuk SPayLater
- Pergi ke aplikasi Shopee dan tab ‘Me’ > SPayLater.
- Pada halaman SPayLater, klik ‘Pay Now’
- Pada bahagian ‘My Bills’ anda boleh lihat bil yang anda ‘dah bayar’ atau ‘belum bayar’ mengikut bulan (paid dan unpaid)
- Klik bahagian yang belum bayar atau ‘unpaid’ dan pilih kaedah bayaran sama ada perbankan online, cash di 7-eleven atau menggunakan ShopeePay
- Masukkan no. pin ShopeePay
- Anda akan menerima pengesahan bayaran selepas bayaran berjaya
- Selesai!
Jadi kena ingat, bil bulanan anda akan dikira bermula setiap 1 haribulan. Anda mesti langsaikan bil tersebut tidak lebih daripada 10 haribulan.
Jika tidak, anda akan dikenakan lagi caj tambahan iaitu sebanyak 1.5%
CARA AKTIFKAN SPayLater
Maklumat Lanjut & Pertanyaan Cara Aktifkan SPayLater
Untuk maklumat lanjut berkaitan Cara Aktifkan SPayLater , boleh layari help Shopee.
sy dh masukkan maklumat pada spay later.. tetapi sampai pada facial varification.. display error 22 n perlu update play store…
Account shoppee saya tiada aplikasi SPayLater
Acc saya tiada spaylater
Pengguna setiap bln ade buat pembelian.. aktif lebih setahun rasanye..
acc sya ada spaylater tapi .. dua kali fkir nanti lmbat bayar akan di caj,payah lah lbih baik beli bayar terus ..
Sya dah banyak kali nak aktive sampai step terakhir kene ulang lagi
sy dah bnyak kali daftar tp last2 linre x dak katanya. lps tu skarang dia bgth tak diterima sbb dah asyik ckp network sy biarkan 3 hr trus dpt msj x dpt proses.
Hello saya nak tanya sikit macam mana nak bayar shoppee paylater ye saya cari tak muncul pun baru ni saya ada guna voucher shopeepaylater tapi shopeepaylater tak muncul di account saya
Saya x dapat pn shoope spaylater di akaun saya.saya berminat sangat
Sy xde pom shopeepay later dlm shopee sy
Acc saya tiada spaylater
saya sudah beli barang , tapi tiada bill untuk pay barng yg saya sdh beli guna spaylater
X ada pun spaylater dlm akaun shoppe sy..
Dalam app shoppe saya xde Spay latter.mcm mana nk buat ya
saye takde spaylater
Bekerja sendiri yang tiada gaji bulanan adakah layak daftar shopee pay later?
Saya dah cuba banyak kali,, tapi error
Kenapa??
Saya berniaga sendiri
Boleh je klau keje sndri, sy pun keje sndri.. rasanya die nk tgk berapa perbelanjaan sbulan kita dan berapa lama da pkai shopee,, sblum dpt spay dulu, perbelanjaan sy antara 400 ke 1000 sbulan..first time aktif sy dpt 400 je kredit limit..selepas 1tahun die tambah lg 300, total 700..tp bayaran bulanan kene cantik la..shopee loan pun sy layak dpt rm1700..