LOGIN SSQS 2023 ( Smart School Qualification Standards)
Login SSQS mesti diketahui oleh para pentadbir sekolah.Terdapat satu sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia iaitu Smart School Qualification Standards (SSQS).
Antara sistem lain yang telah dibangunkan oleh KPM ialah SSDM iaitu sistem salah laku disiplin murid.
Pelaksanaan sistem SSQS ini adalah untuk membuat penilaian amalan baik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah Bestari dan mendapatkan maklumbalas bekaitan dengan negara.
Anda ingin kemaskini data murid? Klik Login APDM Kemaskini Data Murid 2021.
Apa Itu SSQS?
SSQS atau dikenali sebagai Smart School Qualification Standards (SSQS) sebuah sistem yang dapat memudahkan penilaian amalan baik di beberapa sekolah. Segala pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah akan menggunakan SSQS ini untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas. SSQS ini juga bertujuan untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan dan menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan.
Bermula penggunaan secara manual di semua sekolah bestari dan kini aplikasi telah dibina berasaskan web dan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia. Berikut kami membuat perkongsian maklumat terperinci tentang SSQS :
Tujuan SSQS
Sistem Login SSQS bukanlanlah dibangunkan tanpa sebab. Sebaliknya, ia adalah salah satu sistem yang sangat penting. Seiring dengan teknologi yang semakin moden, Sistem SSQS ini di gunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah seluruh Malaysia.
Objektif SSQS Di Wujudkan
Ada 5 Objektif kenapa SSQS ini diwujudkan. Antara Objektifnya ialah:
- Menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan,
- Memberi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program,
- Menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan,
- Menjadi pemangkin (catalyst) untuk perubahan dalam pendidikan, dan
- Memperkasakan (empower) guru dan murid.
Bilangan Responden Login SSQS
Berikut merupakan bilangan responden Login SSQS ini :
- 1 orang pentadbir
- 1 orang koordinator
- 30 orang guru
- 30 orang murid
Bagi sekolah SKM bilangan murid adalah kurang daripd 150 orang
- 1 orang pentadbir
- 1 guru penyelaras ICT
- Sekurang-kurangnya 6 orang guru iaitu seorang satu subjek
- Sekurang-kurangnya 6 orang murid iaitu seorang satu subjek
Cara Login SSQS
Bagi anda yang ingin menggunakan dan mengakses login SSQS ini, berikut kami kongsikan cara untuk Login ke SSQS:
- Sila layari ke laman web rasmi SSQS di http://ssqs.moe.edu.my/ dan pilih mana negeri pilahan anda.
- Klik pada “Log Masuk Admin” dan anda akan dibawa ke laman seterusnya.
- Ini merupakan paparan halaman untuk anda pilih agensi anda sama ada Sekolah, PPD atau JPN
- Masukkan KOD masing-masing dan Kata Laluan untuk anda mengakses SSQS
*Sekiranya admin PKG terpadam lebih token, sila hubungi PKG masing-masing bagi mendapatkan semula token tersebut.
Petunjuk Skor Login SSQS
Selepas, domain diukur berdasarkan penggunaan ICT, modal insan, aplikasi dan insfrastuktur teknologi, tibalah masanya memberi penarafan bintang kepada sekolah yang terpilih. Penarafan bintang kepada sekolah dibuat berdasarkan indikator skor yang berikut:
- Basic (0 – 20) – 1 bintang
- Basic Plus (21 – 40) – 2 bintang
- Median (41 – 60) – 3 bintang
- Advance (61 – 80) – 4 bintang
- Advance Plus (81 – 100) – 5 bintang
Takwim Perlaksanaan Tahunan
KPM biasanya akan membuat pengunguman kepada pihak sekolah terlebih dahulu sebelum membuat pelaksanaan penarafan. Kebiasanya, ada dua bulan yang akan di pilih untuk membuat penarafan bintang. Antaranya ialah:
- Taklimat Perlaksanaan – Julai*
- Pengisian SSQS dan Pemantauan – Ogos*
Namun begitu, tarikh ini akan berubah dari semasa ke semasa dan ia mengikut kepada ketetapan KPM
Sistem Penarafan Bintang
Sistem Penarafan Bintang Amat Penting Buat Sekolah Di Seluruh Malaysia
Kesimpulanya, SQSS ini sangat penting bagi sekolah di seluruh Malaysia. Ini kerana, dengan penarafan bintang ini ia secara tidak langsung dapat membuatkan sesebuah sekolah itu berusaha untuk menguasai ICT dan dalam pada masa yang sama dapat membuatkan sesebuah sekolah itu mempunyai penguasaan ICT yang tinggi.
Baca Juga: eOperasi: Login Sistem Kemaskini Maklumat Guru KPM 2021