SENARAI TEKS KHUTBAH JUMAAT NEGERI SELANGOR TERKINI (Muat Turun)

SENARAI TEKS KHUTBAH JUMAAT NEGERI SELANGOR TERKINI (Muat Turun)

TEKS KHUTBAH JUMAAT NEGERI

Kepada warga penduduk Selangor yang ingin mendapatak teks khutbah untuk solat Jumaat, kini anda boleh mendapatkan teks tersebut melalaui portal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Ini kerana JAIS bertanggungjawab untuk mengeluarkan teks khutbah Jumaat pada setiap minggu bagi bacaan khatib di masjid seluruh Selangor dan juga untuk orang ramai jika mereka ingin dapatkan rujukan bacaan.

Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk memuat turun teks tersebut, semoga membantu.

 

MAKSUD KHUTBAH JUMAAT

Khutbah Jumaat ialah dua khutbah diketahui dalam agama Islam yang diberikan oleh khatib setiap kali Solat Jumaat dilaksanakan. Ia merupakan salah satu syarat sah Solat Jumaat. Di zaman moden, khutbah Jumaat sering disiarkan melalui media-media moden radio, telefon dan televisyen secara langsung.

 

RUKUN KHUTBAH JUMAAT

  1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: “Alhamdulillah”.
  2. Diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW: “Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad.”
  3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: “bertaqwalah kamu kepada Allah.”
  4. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
  5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: “Rahima-kumullah.”

 

SYARAT SAH KHUTBAH JUMAAT

  • Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan.
  • Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
  • Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat.
  • Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
  • Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
  • Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam bahasa Melayu.
  • Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat.
  • Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.
  • Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
  • Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.

 

KANDUNGAN KHUTBAH JUMAAT

Khutbah terbahagi dua iaitu khutbah pertama dan khutbah ke dua. Sebelum menunaikan solat Jumaat, biasanya Imam atau Khatib membacakan duakhutbah yang mana kedua-dua khutbah ini dipisah dengan Khatib duduk sebentar.

  1. Khutbah pertama mengandungi:
    • Pujian kepada Allah سبحانه وتعالى.
    • Mengucapkan dua kalimah syahadah
    • Selawat kepada Nabi Muhammad ﷺ.
    • Nasihat taqwa; kata pujian, pengajaran dan ilmu pengetahuan.
    • Membaca sekurang-kurangnya satu ayat dari petikan Al-Quran.
    • Memohon doa dan keampunan bagi kaum muslimin dan muslimat.
  2. Khutbah kedua sekadar membaca:
    • Lafaz ‘Hamdalah’ (Alhamdulillah).
    • Selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ.
    • Nasihat ringkas supaya jemaah bertaqwa kepada Allah سبحانه وتعالى.
    • Berdoa untuk orang-orang mukmin pada khutbah ke-dua.

 

SENARAI TEKS KHUTBAH JUMAAT NEGERI SELANGOR

Kepada anda khususnya rakyat negeri Selangor yang ingin mendapatkan teks khutbah ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari Portal e-masjid JAIS: Senarai Khutbah JAIS 
  2. Scroll pada tarikh semasa atau tarikh yang anda inginkan
  3. Kemudian klik pada Muat Turun pada tarikh tersebut. Terdapat 3 versi iaitu versi iaitu:
    • Tulisan rumi
    • Tulisan jawi
    • Dalam bahasa inggeris.
  4. Anda boleh download secara percuma dalam bentuk pdf mengikut tarikh Solat Jumaat setiap minggu dan setiap bulan yang dikeluarkan oleh pihak JAIS.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai teks khutbah Jumaat negeri Selangor, anda boleh melayari website rasmi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

 

ARTIKEL LAIN

Koleksi Ucapan Salam Jumaat Yang Barakah (Penghulu Segala Hari)

Leave a Comment