ePANGKAT KPM 2023:LOGIN SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT (epangkat.moe.gov.my)
ePangkat KPM merupakan satu sistem maklumat kenaikan pangkat fleksibel bagi memenuhi keperluan semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia.
Nak tahu cara Login Portal DELIMA KPM? Klik LOGIN DELIMA KPM & APLIKASI PORTAL DELIMA
Cara Daftar ePangkat KPM
Untuk pertama kali, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu ke dalam sistem epangkat.
Jika telah mendaftar, boleh terus login melalui pautan di bawah: https://epangkat.moe.gov.my/login.php
Jika belum, untuk mendaftar, boleh ikut tutorial ringkas ini:
Klik login, klik jika belum mendaftar.
Masukkan semua maklumat yang diminta pada ruangan yang disediakan. Pastikan anda ingat kata laluan yang anda masukkan.
Sila pilih tempat di mana anda bertugas. kategori tempat bertugas yang disediakan adalah, sekolah, PPD, JPN, Bahagian, IAB, Kolej Matrikulasi dan Institut Perguruan Guru.
Akhir sekali klik hantar.Maka selesailah pendaftaran anda.
Setelah itu, bolehlah mula login untuk mengisi maklumat permohonan epangkat ataupun semakan epangkat.
Cara Semak ePangkat KPM Online
Setelah selesai membuat permohonan, seterusnya korang boleh membuat semakan secara atas talian (online) setelah keputusan permohonan korang keluar.
Korang terlebih dahulu perlu melayari laman web https://naikpangkat.moe.gov.my/.
Kemudian, korang hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan klik [SEMAK].
Kemudian, keputusan ePangkat akan terpapar.
Lupa Katalaluan ePangkat KPM
Pada laman web epangkat.moe.gov.my, klik pada [Lupa Kata Laluan]
Bagi pengguna biasa (PPP dan PKP), sila masukkan maklumat yang diminta bagi reset kata laluan anda
Klik pada butang [reset kata laluan] bagi meneruskan proses reset kata laluan anda
Skrin korang akan dipaparkan jika reset kata laluan korang berjaya
Seterusnya, korang boleh terus logmasuk ke sistem ePangkat seperti biasa
Kategori Pengguna ePangkat KPM
Bil. | Kategori Pengguna | Keterangan |
1. | Calon | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah dan Bukan Siswazah) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) |
2. | Ketua Jabatan | Pengetua dan Guru Besar di sekolah, Pengarah / Ketua sama ada di JPN / PPD / Bahagian-bahagian di KPM, IPGM/IAB dan KM |
3. | Urus setia Kenaikan Pangkat | Unit Naik Pangkat di JPN / Bahagianbahagian di KPM, IPGM/IAB dan KM |
4. | Urus setia (mengeluarkan iklan, memproses dan memperakukan calon) | • Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) – Urus setia Guru Cemerlang • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) – Urus setia Pengetua Cemerlang, Guru Besar Cemerlang dan Pengelola Cemerlang
• Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) – Urus setia Pegawai Cemerlang • Cawangan Naik Pangkat, BPSM – Urus setia Hakiki / Time-Based
|
Jenis Laluan Kenaikan Pangkat
Cikyaya pasti ramai yang sedia maklum mengenai urusan kenaikan pangkat ini adalah berpandukan kepada sistem “time based” dimana ia ditawarkan mengikut prestasi dan kecemerlangan semasa. Sebagai contoh, jika korang berkelulusan diploma, formula yang ditetapkan adalah 8.8.5 :
- gred DG29 naik pangkat ke DG32 : 8 tahun
- gred DG32 naik pangkat ke DG34 : 8 tahun
- gred 34 naik pangkat ke DG38 : 5 tahun
Bagi yang berkelulusan Ijazah pula menggunakan formula time based 8.8.6.3 adalah seperti di bawah ini :
- DG41 naik ke DG44 = 8 TAHUN
- DG44 naik ke DG48 = 8 TAHUN
- DG48 naik ke DG52 = 6 TAHUN
- DG52 naik ke DG54 = 3 TAHUN
Maklumat Lanjut Mengenai ePangkat
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai ePangkat, korang boleh merujuk maklumat dibawah :
Alamat :
Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, Blok E12 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutusan, 62604 Putrajaya.
Tel : 03-8884 7963 / 7863 / 7816
Email : [email protected]
artikel lain: Bantuan Yuran Taska Program Asuh Pintar 2021
Baca Juga: Senarai Tablet Terbaik Untuk PdPR
Keputusan yang terkini dah dimuat Naik ke , untuk fasa2 tahun 2022? Kenapa masih papar keputusan gred lama ? Kawan2 pun Sama