Portal ePTRS.my Login (Daftar Program Tuisyen Rakyat Selangor Atas Talian)
Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan satu program tuisyen secara atas talian. Ini adalah satu kemudahan yang diberikan kepada semua untuk membantu memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik.
Kami akan memberikan panduan ringkas berkenaan Program Tuisyen Rakyat Selangor tersebut.
Apa Itu ePTRS.my
ePTRS.my diwujudkan sebagai kesinambungan kepada Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang diwujudkan oleh kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) SUK Selangor dan MBI Bisnes Amal.
Untuk makluman, PTRS ialah program khusus yang dijalankan bagi meningkatkan, memenuhi dan merealisasikan agenda bagi memastikan kebajikan rakyat, kualiti hidup rakyat, memantapkan ekonomi rakyat menyempurnakan definisi pendidikan kepada 5M (membaca, menulis, mengira, memikir dan mengamal) di Negeri Selangor.
Objektif Pelaksanaan ePTRS.my
Objektif pelaksanaan PTRS ini adalah untuk:
- Menyempurna dun merealisasian Dasar Kerajaan Negeri dalam memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)
- Membantu rakyat yang berpendapatan (RM2000 ke bawah) untuk pendidikan yang terbaik kepada anak mereka.
- Membuka lebih ruang kepada ADUN mendekati rakyat kawasannya.
- Membantu memantapkan jatidiri pelajar/ mengurangkan gejala sosial melalui program-program sokongan.
- Memberikan satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan yang positif.
Kandungan Yang Disediakan
Menerusi portal ePTRS.my, terdapat beberapa kandungan disediakan iaitu:
- Video pembelajaran
- eBuku
- Blog
Mata Pelajaran Yang Ditawarkan ePTRS.my
Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid untuk pembelajaran di portal ini adalah:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sejarah
- Pengajian Am
- Muet
Antara kelebihan eptrs.my adalah:
- Ada butang LIKE
- Ada butang KOMEN
- Boleh dimuat turun oleh GURU dan PELAJAR
- Pelajar boleh tengok berulang kali
- Boleh dapat sijil digital
- Kekerapan log masuk akan menaikkan rating sekolah
- Ada butang KONGSI
- Boleh muat turun Format PDF modul PTRS
Cara Login ePTRS.my
Setiap sekolah di Negeri Selangor telah disediakan ID untuk mereka akses ke platform ini secara percuma.
Portal ini juga boleh diakses oleh para pelajar yang tidak menyertai PTRS.
Untuk mengakses, anda cuma perlu lakukan langkah berikut:
- Layari pautan INI
- Tulis kod sekolah untuk ID dan Password.
Contoh : bea3084 - Untuk mencari nama sekolah perlu tulis nama penuh sekolah. Contoh : Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, layari pautan INI
Artikel Lain: Permohonan Bantuan Sekolah Negeri Selangor