KALENDAR AKADEMIK UiTM(Tarikh Penting Semester 1 2023/2024)

KALENDAR AKADEMIK UiTM(Tarikh Penting Semester 1 2023/2024)

KALENDAR AKADEMIK UiTM

Kepada pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), sudah semestinya anda ingin mengetahui kalendar akademik UiTM bagi sesi 1 2023/2024 supaya anda merancang cuti semester anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

APA ITU UiTM

Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah Universiti Awam di Malaysia yang berpusat di Shah Alam. Ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai Dewan Latehan RIDA yang terletak di Petaling Jaya, UiTM membuka pintu kepada lebih kurang 50 pelajar dengan fokus untuk membantu orang Melayu di luar bandar. Sejak itu, UiTM sehingga kini telah berkembang menjadi Institusi Pendidikan Tinggi terbesar di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan dan pelajar.

Universiti ini menawarkan lebih daripada 500 program akademik di peringkat Asasi, Pra diploma, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan PhD, serta Program Profesional yang merangkumi 34 kampus, 4 kolej pengajian, 14 fakulti dan 9 pusat akademik di seluruh negara.

 

SENARAI KAMPUS UiTM

Berikut adalah merupakan senarai kampus UiTM yang terdapat di Malaysia iaitu:

  • UiTM INTEC Seksyen 17, Shah Alam, Selangor
  • UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor
  • UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor
  • UiTM Puncak Alam, Shah Alam,
  • UiTM Hospital Selayang & Hospital Sungai Buloh, Selangor
  • UiTM Dengkil, Selangor
  • UiTM Arau, Perlis
  • UiTM Dungun, Terengganu
  • UiTM Sri Iskandar, Perak
  • UiTM Samarahan, Sarawak
  • UiTM Sungai Petani, Kedah
  • UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • UiTM Alor Gajah, Melaka
  • UiTM Segamat, Johor
  • UiTM Jengka, Pahang
  • UiTM Machang, Kelantan
  • UiTM Kota Kinabalu, Sabah
  • UiTM Jasin, Melaka
  • UiTM Bertam, Pulau Pinang
  • UiTM Bukit Besi, Terengganu
  • UiTM Tapah, Perak
  • UiTM Rembau, Negeri Sembilan
  • UiTM Balik Pulau, Pulau Pinang
  • UiTM Pasir Gudang, Johor
  • UiTM Teluk Intan, Perak
  • UiTM Chendering, Terengganu
  • UiTM Raub, Pahang
  • UiTM Mukah, Sarawak
  • UiTM Tawau, Sabah
  • UiTM Johor Bahru, Johor
  • UiTM Raub, Pahang
  • UiTM Bukit Sekilau, Pahang
  • UiTM Alor Setar, Kedah
  • UiTM Bandaraya Melaka, Melaka
  • UiTM Seremban 3, Negeri Sembilan
  • UiTM Bandar Kota Bharu, Kelantan

 

KALENDAR AKADEMIK UiTM SEMESTER 1 2023/2024

Berikut adalah merupakan tarikh penting bagi kalendar akademik semester 1 UiTM 2023/2024 iaitu:

Kursus
  • Pendaftaran Kursus Pelajar Baharu mod ePJJ/PLK: 18 September – 27 Oktober 2023
  • Tambah dan Gugur Pendaftaran Kursus Pelajar Sarjana Muda: 27 September – 27 Oktober 2023
  • Tambah dan Gugur Pendaftaran Kursus Pelajar Pra-Diploma/Diploma/Sarjana: 25 September – 27 Oktober 2023
  • Pendaftaran Online Kursus English Exit Test (EET699) Bagi Yang Layak Sahaja: 27 September – 27 Oktober 2023
  • Validasi Kursus Berdaftar Semester Semasa: 28 Oktober 13 November 2023
  • Kuliah Bermula: 1 Oktober 2023/2 Oktober 2023
Yuran
  • Permohonan Penangguhan Pembayaran Yuran: 25 September – 20 November 2023
  • Tarikh Akhir Pembayaran Yuran: 23 November 2023
  • Gugur Taraf (GT): 30 November 2023
  • Permohonan Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT): 30 November – 7 Disember 2023
  • Keputusan Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT): 1-8 Disember 2023
  • Tarikh Akhir Pembayaran Yuran Bagi Pelajar Yang Diluluskan RPGT: 15 Disember 2023
  • Tarikh Akhir Pembayaran Yuran Bagi Pelajar Yang Diluluskan Penangguhan Pembayaran Yuran: 5 Januari 2024

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut menegnai kalender akademik semasa, anda boleh emlayari portal rasmi Universiti Teknologi MARA

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment