LAGU NEGERI SELANGOR(Download Lirik Audio Video)

LAGU NEGERI SELANGOR(Download Lirik Audio Video)

LAGU NEGERI SELANGOR

Kepada warga penduduk atau pekerja di Negeri Selangor, semestinya sekiranya ada sesuatu program akan di nyanyikan lagu Negeri Selangor. Disini kami akan kongsikan kepada anda lirik lagu dan juga video untuk di download, semoga membantu.

 

TAJUK LAGU NEGERI SELANGOR

“Duli Yang Maha Mulia” adalah ialah tajuk laagu Negeri Selangor yang mula digunakan secara rasmi oleh kerajaan negeri Selangor pada tahun 1967

 

SEJARAH LAGU NEGERI SELANGOR

Lagu Kebangsaan Selangor yang pertama ialah lagu ‘Chantek Manis’ iaitu sebuah lagu Melayu. Lagu ini dipilih oleh DYMM Almarhum Sultan Sulaiman Shah bersama-sama dengan Raja Haji Bot Bin Raja Jumaat. Lagu ini telah dimainkan oleh pancaragam yang diketuai oleh Daniel Ortego. Lagu Kebangsaan ang kedua pula adalah sebuah lagu yang berentak Barat dan mula dimainkan pada tahun 1908. Lagu ini digubah oleh Daniel Ortego dan senikatanya disusun oleh Persatuan Guru-guru Melayu Selangor.

Pada tahun 1966, Sultan Selangor mengumumkan lagu gubahan Daniel Ortega yang telah berusia 58 tahun itu akan digantikan dengan sebuah lagu baru. Pengumuman ini dibuat setelah baginda didengarkan cadangan lagu baru yang digubah oleh Pengarah Orkestra Filem Negara Malaysia, Encik Saiful Bahri ketika baginda dalam rangka lawatan ke studio Filem Negara Malaysia. ( The Straits Times, 5 Julai 1966, p.11). Lagu baru Selangor ini dinamakan ‘Duli Yang Maha Mulia’.

Lagu ‘Duli Yang Maha Mulia’ telah dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor sebagai Lagu Kebangsaan Selangor yang baharu pada 16 Februari 1967. Lagu yang digubah dan disusun oleh Saiful Bahari ini diterima oleh Majlis Mesyuarat Dewan Di Raja bersama-sama DYMM Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Shah pada 20 Februari, 1967 dan dirasmikan pada 8 Mac 1967.

 

LIRIK LAGU NEGERI SELANGOR

Berikut adalah merupakan lirik lagu iaitu:

Duli Yang Maha Mulia
Bahasa Melayu Tulisan Jawi
Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia.
دولي يڠ مها موليا
سلامت دأتس تختا
الله لنجوتکن اوسيا توانکو
رعيت موهون رستو باوه دولي توانکو
بهاݢيا سلاما-لاماڽ
امان دان سنتوسا
دولي يڠ مها موليا‎

 

VIDEO LAGU NEGERI SELANGOR

Anda boleh memuat turun video rasmi lagu ini melalui pautan di bawah:

 

AUDIO MINUS ONE LAGU NEGERI SELANGOR

Anda boleh memuat turun audio minus one rasmi lagu ini melalui pautan di bawah

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Laagu Negeri Selangor, anda boleh melayari portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor 

ARTIKEL BERKAITAN:

1 thought on “LAGU NEGERI SELANGOR(Download Lirik Audio Video)”

Leave a Comment