TEMPAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI SELANGOR KL(Senarai Lokasi Bayaran Masuk)

TEMPAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI SELANGOR KL(Senarai Lokasi Bayaran Masuk)

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SELANGOR

Kepada anda yang sedang mencari ingin mengetahui maklumat berkaitan dengan tempat lawatan sambil belajar di negeri Selangor dan KL, semestinya anda akan memilih tempat yang bersesuain. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.

 

TUJUAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Sudah semestinya padai setiap tahun anda akan merancang program lawatan sambil belajar bersama dengan para pelajar. Program lawatan seperti ini sangat bagus dalam membantu memberi pengalaman dan menambah ilmu pengetahuan yang berbeza dengan apa yang diajar di dalam bilik darjah.

 

 SENARAI TEMPAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI SELANGOR

Berikut adalah merupakan senarai tempat lawatan sambil belajar di Selangor iaitu:

TEMPAT LAWATANAKTIVITI MENARIKLOKASI
Selangor Fruit ValleyAntara aktiviti yang sesuai untuk pakej lawatan sekolah ialah Aktiviti memetik sayur, Aktiviti menoreh getah, Aktiviti demostrasi susu kultur, Lawatan ke Taman Arnab, Lawatan ke Rumah KampungBestari Jaya, Selangor
Domino’s PizzaPara guru boleh membawa para pelajar merasai pengalaman sendiri membuat pizza di setiap cawangan Domino’s Pizza yang berdekatan. Program ini adalah salah satu bahagian di dalam Corporate Social Responsibility (CSR) syarikat mereka.Boleh merujuk pada cawangan berhampiran
Sushi KingSushi King juga mempunyai Educational Programme mereka sendiri untuk pelajar sekolah jika ingin membuat lawatan ke stor mereka. Program yang dibangunkan memberi peluang kepada pelajar membuat beberapa jenis sushi yang mudah secara hands on.Boleh merujuk pada cawangan berhampiran
Kg. Sg. Hj. Doranihomestay yang bercirikan kampung dan pelbagai aktiviti kampung turut disediakan untuk para pengunjung yang ingin mencubanya seperti menampi padi, menggagau ikan, mandi palong di bendang.Sg Besar, Selangor
Kilang VitagenPara pengunjung akan diberi taklimat awal oleh pegawai yang terlibat tentang syarikat dan seterusnya akan dibawa melawat sekitar kilang untuk melihat bahagian produksi. Di akhir lawatan, sudah pasti pihak syarikat akan menyediakan pelbagai cenderahati buat pengunjung.Petaling Jaya, Selangor
Kilang Roti GardeniaKilang Roti Gardenia telah lama mengalukan masyarakat untuk mengadakan lawatan ke kilang mereka. Bukan hanya terhad kepada lawatan sekolah sahaja, malah terbuka kepada orang awam. Mereka mengajak masyarakat untuk melihat secara lebih dekat bagaimana pemprosesan roti kegemaran rakyat Malaysia sejak dahulu lagi.Seksyen 26 Shah Alam
Muzium CoklatPengunjung akan dibawa menerokai sejarah awal pembuatan coklat apabila masuk ke dalam muzium ini serta beberapa peralatan dan mesin yang digunakan dalam pemprosesan coklat mengikut peredaran zaman.Pusat Bandar Kota Damansara
Balai BombaPara pelajar juga akan diberi peluang untuk mengeksplorasi kenderaan bomba dan mengenali dengan lebih dekat lagi segala kelengkapan yang ada di dalamnya.Boleh merujuk pada cawangan berhampiran
Taman BotaniPengunjung berpeluang merasai bermain dengan salji ibarat berada di luar negara. Dekorasi akan berubah berdasarkan musim-musim yang ada di dunia seperti musim panas, luruh dan bunga.Shah Alam
Muzium Shah AlamPameran bermula dengan sejarah negeri Selangor dan pelawat boleh mempelajari sejarah tanah melayu juga di sini. Replika basikal dan beca lama juga dapat dilihat untuk memberi pendedahan kepada generasi muda tentang kenderaan yang ada pada zaman dahulu.Shah Alam, Selangor
Zoo Negarapihak zoo juga ada menyediakan program pendidikan untuk para pelajar. Program ini dinamakan Zoo Camp Programme. Antara pengisiannya ialah Night Walk, Wildlife Enrichment Programme, CampfireAmpang, Selangor
Kg. Sg. SirehMerasai pengalaman yang berbeza daripada kehidupan seharia. Melihat sawah padi, belajar cara memproses padi dan sebagainya.Tg. Karang, Selangor

 

SENARAI TEMPAT LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI KL

Berikut adalah merupakan senarai tempat lawatan sambil belajar di KL iaitu:

TEMPAT LAWATANAKTIVITI MENARIKLOKASI
Taman TuguTaman Tugu menjadi lokasi terbaharu untuk riadah sekeluarga sambil mendidik generasi muda mengenai hutan dan kelestarian alam.kotaraya Kuala Lumpur
Planetrium NegaraPara pengunjung berpeluang merasai dan melihat tayangan tentang angkasa lepas dan peluang memasuki bilik anti graviti juga adalah satu pengalaman yang menyeronokkan.Taman Botani Perdana, KL
Muzium Bank NegaraPihak muzium memang aktif menganjurkan pelbagai program pendidikan untuk pelajar sekolah terutamanya untuk 7 tahun dan ke atas.Bandaraya Kuala Lumpur
Muzium Kesenian IslamPihak muzium juga kerap menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak bagi menarik minat mereka mendekati muzium terutamanya pada musim cuti sekolah.Bersebelahan dengan Masjid Negara
Pusat Sains NegaraKedatangan pengunjung akan disambut dengan ikan-ikan dari pelbagai spesies yang terdapat di dalam akuarium yang besar. Dibahagikan kepada beberapa tingkat, setiap tingkat terdapat ruang pameran yang berbeza. Pelbagai informasi tentang dunia sains dan teknologi dapat diperolehi di sini.Bukit Kiara, KL
PetrosainsPara pelajar akan didedahkan dengan dunia sains dan teknologi dari pelbagai cabang bermula dengan penerokaan angkasa lepas, bahan galian, simulasi di pelantar minyak sehingga dunia automatif.KLCC
Taman Burung Kuala LumpurTentatif program lawatan juga padat antaranya Free flying Birds Feeding, Bird Show dan Milky Stork Feeding. Layari laman web Taman Burung KL untuk maklumat lanjut akan pakej ini.Kuala Lumpur
Taman Rama-Rama Kuala LumpurTaman Rama-Rama ini juga turut menjadi daya tarikan utama lokasi percutian di ibu kota. Sentiasa menjadi pilihan seisi keluarga dikala hujung minggu untuk bersiar-siar.Kuala Lumpur

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment