Pemakaian Baju Batik Wajib Setiap Khamis Penjawat Awam(Tatacara Pemakaian Batik)
Kepada penjawat awam, seharusnya anda ketahui bahawa pemakaian batik Malaysia oleh Pegawai Perkhidmatan Awam telah dilaksanakan semenjak tahun 1985. Oleh itu bagi meneruskan sokongan kepada industri batik Malaysia dan memastikan ia kekal sebagai watisan dan lambang identiti rakyat Malaysia, Kerajaan bersetuju agar semua pegawai awam diwajibkan memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis dan digalakkan pemakaiannya pada hari bekerja yang lain. Disini kami akan kongsikan kepada anda tatacara pemakaian baju batik penjawat awam, semoga membantu.
Apa Itu Batik Malaysia
Batik Malaysia merupakan seni tekstil Batik dari Malaysia, terutamanya di bahagian pantai timur Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Batik Malaysia menggunakan motif flora dan jarang menggunakan motif makhluk hidup seperti manusia dan haiwan selaras dengan larangan dalam Islam menggunakan imej haiwan sebagai hiasan. Namun begitu tema rama-rama masih banyak digunakan dalam Batik Malaysia. Batik Malaysia juga terkenal dengan rekaan geometrik. Cara penghasilan batik Malaysia agak berbeza dari batik Jawa di Indonesia iaitu coraknya lebih besar dan lebih ringkas. Selain itu, canting juga jarang atau tidak digunakan dalam mencipta corak-corak yang rumit. Warna-warna yang digunakan dalam batik Malaysia juga lebih cerah berbanding batik Jawa.
Tarikh Pelaksanaan Pemakaian Baju Batik
Semua pegawai awam DIWAJIBKAN memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis, berkuat kuasa 21 Ogos 2023.
Arahan pemakaian Baju Batik Penjawat Awam
Arahan pemakaian ini berkuatkuasa dari 21 Ogos 2023, dan pemakaian surat edaran ini dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam Negeri, Pihak Berkausa dan Pihak Berkuasa Tempatan. Perkara tersebut dimaklumkan melalui Surat Edaran JPA.100-1/4/1(13).
Penjawat Awam Wajib Memakai Baju Batik Pada Setiap Khamis
Semua pegawai awam DIWAJIBKAN memakai pakaian batik Malaysia pada setiap Khamis, kecuali kepada pegawai yang:
- Dibekalkan pakaian seragam
- Menghadiri majlis rasmi dengan ketetapan kod pakaian tertentu
Etika dan Tatacara Pemakaian Baju Batik Penjawat Awam
Tatacara pemakaian batik boleh dirujuk di Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 (SPP1/2006). Baju kemeja batik Malaysia berlengan panjang termasuklah:
JENIS BAJU BATIK | TATACARA PEMAKAIAN |
berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang tiga | ![]() |
berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang lima | ![]() |
berkolar Nehru butang terselindung | ![]() |
berkolar Mandarin berbutang tiga | ![]() |
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai kempen 1 Juta Batik Percuma buat Penjawat Awam ini, sila muat turun SURAT EDARAN JPA.100-1/4/1(13)
Artikel Lain