Cara Isi Markah UASA Dalam IDME(Check Gred Sekolah Rendah Menengah)

Cara Isi Markah UASA Dalam IDME(Check Gred Sekolah Rendah Menengah)

Markah UASA Dalam IDME

Kepada pada guru yang ingin mengetahui panduan atau cara mengisi markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)  dalam Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), disini kami akan kongsikan kepada anda. Semoga membantu.

 

APA ITU UASA IDME

PDBKementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) untuk perkasakan lagi PBD dan PBS yang akan dimulakan pada sesi akademik sesi 2022/2023 bagi menggantikan peperiksaan akhir tahun sedia ada.

Untuk murid tahap 2 iaitu murid tahun 4, 5 dan 6, akan melalui proses PBD Berterusan dan UASA Ujian Akhir Sesi Akademik.

IDMESistem Pengurusan IDentiti (idMe) akan menjadi repositori utama untuk menyimpan dan mengesahkan semua kelayakan pengguna Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk kakitangan dari lain-lain Kementerian / Agensi / Institusi Swasta, pelajar, ibu, bapa, penjaga, pendidik, pengusaha institusi dan orang awam.

Setiap kelayakan pengguna akan ditandakan dengan peranan pengguna yang digunakan untuk menentukan kebolehcapaian modul dalam sistem. Komponen ini ialah penggerak teras untuk Single Sign-On (SSO) yang pada dasarnya akan membolehkan semua sistem untuk membuat pengesahan pengguna ke IDMS secara luaran bagi mengelakkan duplikasi kelayakan pengguna di setiap sistem.

 

SISTEM YANG BOLEH DIAKSES MELALUI IDME

Berikut adalah merupakan antara sistem yang boleh diakses melalui idMe iaitu:

  • Pengurusan Awam
  • Pengurusan Murid
  • Pengurusan Institusi
  • Pengurusan Pentaksiran
  • Pengurusan Guru
  • Penubuhan dan Pendaftaran Institusi

 

CARA ISI MARKAH UASA DALAM IDME

Berikut adalah merupakan panduan untuk mengisi markah Ujian Akhir Sesi Akademik dalam sistem idMe iaitu:

  1. Layari pautan Sistem Pengurusan Identiti (idMe)
  2. Log masuk ke sistem idMe menggunakan username dan password anda dan klik kata kunci keselamatan.
  3. Pada paparan utama, klik pada Aplikasi > Pilih pengurusan pentaksiran > klik pada Dashboard Tindakan > Seterusnya klik pada kelas yang anda isikan
  4. Paparan pentaksiran murid bilik darjah yang anda pilih akan tertera, pada bahagian status anda boleh melihat status yang perlu diambil tindakan iaitu Belum Ditaksir
  5. Anda perlu mengisi markah pada setiap murid sehingga selesai semuanya dan status bertukar menjadi Ditaksir.
  6. Sesudah membuat pengisian klik simpan. Klik cetak atau save untuk simpanan anda.
  7. Langkah terakhir klik pada Hantar, selesai.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau permasalahan berkaitan idMe, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan layari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment