SENARAI JADUAL TETAPAN MASA SUHU GUNA AIR FRYER

SENARAI JADUAL TETAPAN MASA SUHU GUNA AIR FRYER

MASA SUHU AIR FRYER

Masyarakat Malaysia mempunyai juadah yang istimewa dan unik. Penggunaan Air Fryer kini semakin luas digunakan dalam proses menyediakan juadah yang lazat dan sedap. Kebanyakan ibu memilih Air Fryer sebagai alternatif untuk mengurangkan penggunaan minyak Ketika memasak.

Hanya perlu tentukan suhu dan tempoh masa yang sesuai Ketika menggunakan Air Fryer, anda dapat memasak pelbagai juadah dengan mudah dan amat menyenagkan. Anda yang tidak biasa di dapur pasti tidak kekok mengendalikan alatan ini.

Kami akan berkongsi kepada anda berkenaan panduan tetapan suhu dan masa Ketika menggunakan Air Fryer. Semoga dapat membantu anda.

Panduan Tetapan Suhu Dan Masa Air Fryer

Masalah tetapan nilai suhu dan tempoh masa pada air fryer bukan masalah yang baharu. Ramai pengguna dan pemilik air fryer terutama yang baharu berjinak-jinak dengan kaedah memasak ini sering buntu bila nak buat setting suhu dan masa.

Anda boleh melihat panduan ringkas dibawah :

 

Jenis MakananSuhu (°C)Masa (min)
Ikan Cencaru Sumbat20015
Ikan Keli20010+7
Ikan Kembung16020
Ikan Steam16040
Ikan Bilis16010
Salmon Grill18020
Fish Ball18010
Sate Ikan Lokcing15020
Telur Masak Penuh16020
Telur Masak Separuh16010
Telur Dadar (Minyak Sikit)16010
Telur Rebus16014
Jagung Bakar Sapu Marjerin17020
Pisang Karamel18010
Pisang Goreng Tepung2005
Keropok Lekor Gaul Minyak18015
Keropok/Kerepek Keping1605
Kacang Tanah16015
Kerepek Binjai16010
Papadom17010
Tempe16015
Cendawan Tepung16020+10
Ayam Sekor23030
Ayam Bakar18010+10
Ayam Panggang14045
Ayam Goreng Tepung16040
Dading Hiris Bakar18015+15
Lamb Chop18016
Sotong Kari Kering20010
Sotong Kukus18025
Daging Burger1807+7
Nugget & Sosej18010
French Fries15010
Roti Telur Tak Goyang1805
Roti Baka Cheese1805
Brownies14050
Chocholate Muffin16012
Donat Segera1405
Roti Canai Segera1805
Samosa14020
Jemput-Jemput18010+10
Bergedil17013
Pizza16020
Tauhu Goreng18020
Kacang Gajus1405

 

Cara Masak Frozen Food Menggunakan Air Fryer

 Memasak nugget, hotdog amatlah mudah sekali, namun jika makanan tersebut masih seju beku sedikit merumitkan. Kami akan berikan tips cara mudah untuk anda.

 

Jenis-Jenis Frozen Food

Makanan segera frozen – fries,ayam goreng crispy,nugget,wedges, daging/ayam burger dan sebagainya.

Pastry frozen – roti canai/boom/paratha,karipap/samusa fozen,popia simpul dan sebagainya.

Masakan marinate frozen – ayam/daging/kambing perap dan sebagainya.

Makanan readymade frozen – sambal/mee/pasta/daging/ayam sos/ dll biasanya diletakkan dalam packging/plastik yang tahan haba.

Anda boleh membeli di sini

 

Tips Masak Frozen Food Menggunakan Air Fryer

 

PERLU TAK kita DEFROST dulu makanan frozen sebelum masuk dalam air fryer?

Air fryer boleh defrost sendiri makanan tersebut dengan tindakan haba panas sekitar makanan apabila dimasak. Boleh masak terus tanpa defrost.

Terutamanya roti paratha dan puff pastry, kalau defrost ia akan lembik dan melekat antara satu lain meyebabkan bila kita nak tarik lapisan tu jadi tak cantik. Jika ada makanan/lauk frozen yang masih melekatkan/bertindan xpe, biarkan macam tu dan masukkan ke dalam air fryer.

Separuh masa atau beberapa minit selepas masuk dalam air fryer nanti ia akan cair dan kita boleh pisahkan dan susun elok-elok dalam satu layer je ya. Kemudian sambung semula masak sehingga abis masa.

 

Kenapa fries/kentang goreng/ nugget saya goreng guna air fryer TAK GARING dan TAK MASAK SEKATA?

  1. Makanan tu tak dibalikkan/goncang. (terutama air fryer jenis bakul).

– Sepatutnya separuh masa perlu bukak bakul dan balikkan makanan atau goncang-goncangkan seperti fries atau popia simpul dan sebagainya.

*tak perlu off air fryer, tarik je bakul automatik akan off dan bila masukkan semula akan sambung balik masa masak sehingga habis.

 

  1. Makanan terlalu penuh atau makanan terhalang semasa proses memasak.

– Apabila memasak makanan dalam air fryer jangan letak terlalu penuh bakul, biar ada ruang antaranya untuk aliran udara panas semasa masak. Kalau terlalu banyak dan bertindih-tindih, lambat masak dan ada kalanya masak tak sekata.

 

  1. Mungkin juga sebab kita goreng atas loyang/lapik yang tak berlubang sebab udara panas tersekat dan tak kena pada masakan tersebut. Makanan susah garing dan tak sekata masaknya.

 

Artikel Lain : Senarai Mesin Dryer Terbaik

Leave a Comment