CONTOH WARNA BAJU TUDUNG PENGAWAS LELAKI PEREMPUAN(Sekolah Rendah Menengah)

CONTOH WARNA BAJU TUDUNG PENGAWAS LELAKI PEREMPUAN(Sekolah Rendah Menengah)

PENGAWAS SEKOLAH

Kepada murid-murid di sekolah rendah atau menengah yang hadir ke sekolah hendaklah mengetahui dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah antaranya dari segi pakaian. Disini kami akan kongsikan kepada anda contoh warna baju bagi pengawas sekolah, Semoga membantu.

 

APA ITU PENGAWAS SEKOLAH

Pengawas merupakan pelajar-pelajar yang terpilih di sakolah oleh guru-guru kerana akhlak dan ketrampilan yang baik dan cemerlang, tetapi terdapat juga pelajar yang memikul jawatan ini secara sukarela. Selain itu, Pengawas juga dipilih daripada kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang.Namun pengawas sakolah akan mempunyai kelebihan iaitu akan memperoleh Merit yang lebih,Merit tersebut dapat membantu mereka untuk masuk ke mana-mana Universiti selepas SPM

 

JENIS PENGAWAS DI SEKOLAH

Pengewas di sesebuah sekolah lazimnya terdiri daripada:-

  • Pengawas Sekolah
  • Pengawas Pusat Sumber atau Pustakawan
  • Pengawas Koperasi
  • Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  • Pengawas SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks)
  • Terdapat juga Pengawas Surau dan Pengawas ICT (Briged Bestari) di sesetengah sakolah

 

CONTOH BAJU PENGAWAS SEKOLAH

Berikut adalah merupakan contoh baju warna tudung bagi setiap jenis pengawas iaitu:

Pengawas sekolahPakaian Seragam Pengawas Sakolah adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh setiap sakolah. Lazimnya, Seragam mereka baju berwarna biru muda berlengan panjang, bertali leher, berseluar panjang yang berwarna hitam atau biru gelap dan memakai vest / blazer. Bagi pelajar sakolah agama pula, selalunya berwarna putih dan bertali leher. Kasut pengawas pula berwarna Hitam dari jenis kanvas dan kulit.
Pengawas Pusat SumberTurut digelar pustakawan bagi lelaki dan pustakawati bagi perempuan, yang juga dikenali sebagai singkatannya, PPS. Lazimnya, Pengawas Pusat Sumber memakai uniform yang berlainan seperti berbaju kuning / peach atau hijau muda, bertali leher, berseluar hitam, biru gelap / hijau gelap atau coklat dan Kasut Kanvas Hitam. Pemakaian mereka turut bergantung kepada pihak pengurusan sekolah. Selain itu, Pengawas Pusat Sumber di dalam sesetengah sekolah adalah terdiri daripada ahli-ahli persatuan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).
Pengawas KoperasiKoperasi sekolah diwujudkan untuk menjual pelbagai jenis alat tulis, buku nota, buku latihan, buku-buku kerja yang tertentu, makanan, minuman dan pakaian sukan. Pengawas Koperasi diperlukan untuk menjual kegunaan tersebut. Lazimnya, Pengawas Koperasi akan memakai pakaian yang berbeza dari Pangawas Sakolah, Pengawas Pusat Sumber, PRS dan mereka akan memakai Kasut Kanvas Hitam seperti pelajar dan Pengawas lain. Cara pemakaian mereka juga ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah secara diri sendiri.
Pembimbing Rakan SebayaPembimbing Rakan Sebaya akan memakai pakaian khas di kebanyakkan sekolah seperti Baju berwarna Ungu, Seluar Ungu dan Kasut Hitam. Untuk sesetengah sekolah, Mereka akan memakai seragam sekolah biasa dan memakai vest.

NOTA: Senario pemakaian seragam Pengawas Sekolah adalah berbeza mengikut sesetengah sekolah.

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment