CONTOH PERATURAN SEKOLAH KELAS KANTIN(Sekolah Rendah Menengah)
Kepada murid-murid di sekolah rendah atau menengah yang hadir ke sekolah hendaklah mengetahui dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Disini kami akan kongsikan kepada anda peraturan asas di sekolah, kelas dan kantin. Semoga membantu.
APA ITU PERATURAN
Peraturan adalah satu set garis panduan atau norma yang bertujuan untuk mengawal tindakan dan tingkah laku sekelompok orang dalam ruang tertentu, yang umumnya mempunyai beberapa jenis watak institusi atau rasmi.
Peraturan adalah sekumpulan undang-undang atau peraturan yang mengatur perilaku dan prosedur sesuai dengan kriteria dan panduan institusi atau organisasi swasta atau negara.
PERATURAN DI SEKOLAH
Berikut adalah merupakan antara peraturan semasa di sekolah samada di sekolah rendah atau menengah iaitu:
Peraturan Am | Setiap pelajar dikehendaki mematuhi setiap peraturan yang terkandung di dalam buku peraturan ini dan apa-apa jua peraturan yang dikeluarkan oleh sekolah dari masa ke semasa selepas daripada ini. |
Waktu Persekolahan | Kehadiran di sekolah dan dalam kelas adalah wajib dan mana-mana murid yang ponteng sekolah/kelas akan dikenakan tindakan disiplin Murid hendaklah hadir ke sekolah mengikut sesi persekolahan yang ditetapkan |
Pakaian Seragam | Murid hendaklah memakai pakaian yang telah ditetapkan mengikut garis panduan sekolah |
Rupa Diri | Murid hendaklah menjaga penampilan diri dengan kemas dan juga dilarang bersolek dan membawa alat solek ke sekolah |
Peraturan Khusus. | Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan-peraturan khusus seperti peraturan di Bilik makmal sains, Bilik Kemahiran Hidup, Perpustakaan / Pusat Sumber / Gymnasium, Kantin, Bilik Komputer, Bilik mesyuarat., Koperasi / Kedai Buku Sekolah, Surau, Pejabat, Gelanggang-gelanggang permainan serta lain- lain peraturan khusus yang dikeluarkan oleh sekolah. |
Harta Benda Sekolah | Setiap murid adalah bertanggung jawab menjaga keselamatan dan kesempurnaan harta benda sekolah. Murid dilarang dari menyalahgunakan segala harta benda dan kemudahan yang terdapat di sekolah. |
PERATURAN DI KELAS
Berikut adalah merupakan antara peraturan semasa di kelas samada di sekolah rendah atau menengah iaitu:
- Dalam bilik darjah murid-murid mestilah menjaga ketenteraman semasa pengajaran/pembelajaran.
- Murid-murid tidak boleh membuat bising dan menggangu orang lain sama ada semasa guru mengajar, belajar persendirian atau belajar tambahan.
- Semua murid hendaklah membawa buku teks, buku latihan dan semua kelengkapan belajar yang diperlukan ke sekolah pada tiap-tiap hari persekolahan.
- Semua kerja rumah dan latihan yang diberi oleh guru mesti disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan.
- Dilarang makan dan minum didalam bilik darjah.
- Tutup kipas dan lampu sebelum meninggalkan bilik darjah.
- Murid dikehendaki duduk di tempat yang telah diarahkan.
- Dilarang berkeliaran di luar bilik darjah.
- Dilarang membawa keluar harta benda dari dalam bilik darjah.
PERATURAN DI KANTIN SEKOLAH
Berikut adalah merupakan antara peraturan semasa di kantin samada di sekolah rendah atau menengah iaitu:
- Murid-murid dilarang berada di dalam kelas / kaki lima kelas pada waktu rehat.
- Murid-murid dikehendaki beratur ketika mengambil makanan.
- Semua pinggan / mangkuk / apa-apa peralatan yang digunakan untuk makan / minum perlu diletakkan di tempat yang disediakan setelah selesai digunakan.
- Murid-murid dikehendaki menjaga kebersihan kawasan makan pada setiap masa.
ARTIKEL LAIN: