PERBEZAAN MATRIKULASI ASASI(Perbandingan)

KETAHUI PERBEZAAN ANTARA MATRIKULASI DAN ASASI

PERBEZAAN MATRIKULASI ASASI

Bagi pelajar lepasan semestinya akan memikirkan hala tuju seterusnya dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Matrikulasi atau Asasi, kedua-duanya adalah pilihan popular di kalangan pelajar Malaysia. Disini kami akan kongsikan kepada anda perbezaan antara Matrikulasi atau Asasi ini, semoga membantu.

 

APA ITU MATRIKULASI DAN ASASI

Berikut adalah merupakan maksud bagi penggajian ini:

MatrikulasiProgram Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT) dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun 2009. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.
AsasiProgram Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

 

PERSAMAAN MATRIKULASI DAN ASASI

Berikut adalah merupakan persamaan antara kedua-kedua penggajian ini:

  • Kedua-duanya adalah fasa persediaan sebelum meneruskan pengajian ke peringkat ijazah
  • Elaun diberikan oleh KPM, tidak perlu membuat pinjaman pendidikan seperti diploma

 

PERBEZAAN ANTARA MATRIKULASI DAN ASASI

Berikut adalah merupakan perbezaan antara kedua-kedua penggajian ini:

PERBANDINGANMATRIKULASIASASI
YuranPembayaran yuran tidak terlalu mahal dan hanya dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran bagi setahun penggajian (sesi 2 Semester)Kos bayaran yuran penggajian agak mahal bagi setahun penggajian (Sehingga 3 semester)
PenempatanPenginapan disediakan secara percumaAda sesetengan universiti tidak menyediakan penginapan untuk pelajar dan terpaksa cari bilik atau rumah sewa sendiri atau sekiranya pihak universiti sediakan akan dikenakan bayaran tetap bagi setiap bulan.
ElaunTerdapat elaun diberikan (RM250)Tiada elaun diberikan
PembelajaranSama tahap dengan pendidikan sekolahSama tahap dengan pendidikan universiti
KeselamatanTerdapatan pantauan dari segi keselamatan dan kesihatan dari pihak pengurusanKeselamatan dan kesihatan di bawah tanggungjawab pelajar sendiri
Subjek & PeperiksaanPenggiran markah (40% final exam, 60% PB) dan hanya 4 subjek sahaja dikira untuk PNGK.Bergantung kepada universiti masing-masing
Belajar Luar NegaraBerpeluang pelajar ke luar negara untuk PPC (Program Pelajar Cemerlang) dan balik nanti terus bekerja sebagai pensyarah di mana-mana Matrikulasi terpilih.Ijazah terus di universiti yang sama atau universiti tempatan
KementerianKementerian Pendidikan Malaysia (KPM)Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut bagi kedua-dua penggajian ini, anda boleh malari pautan di bawah::

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment