PPBU 2023(Permohanan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat)
Perhatian kepada pelajar Berita lepasan SPM, Yayasan Bank Rakyat ini telah membuka permohonan kepada pelajar memerlukan pembiayaan pendidikan menerusi Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2023. Pembiayaan ini dibuka kepada pemohon dalam golongan susah dan memerlukan. Ianya bagi menampung kos perbelanjaan ketika belajar sekali gus mengurangkan beban kewangan ketika sambung belajar di universiti. Anda digalakkan untuk membuat permohonan sekiranya berkelayakan. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan, semoga membantu.
Apa Itu PPBU Bank Rakyat
Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi tetapi memerlukan bantuan pembiayaan untuk menerima pendidikan di IPTA atau IPTS tempatan dan Institut Latihan dalam negara secara sepenuh masa.
Syarat Kelayakan PPBU Bank Rakyat
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu:
Syarat Asas
- Terbuka kepada rakyat Malaysia yang miskin dan kurang bernasib baik tanpa mengira kaum, agama dan etnik.
- Perlajar mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta tempatan dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
- Hanya bidang pengajian yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)/Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)/Majlis Latihan Vokasional Malaysia (NVTC)/Agensi Kerajaan (Malaysia) yang berkenaan dan diiktiraf oleh Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat.
Syarat Khusus
Ijazah Sarjana Muda |
|
Sarjana |
|
Sijil Professional |
|
Doktor Falsafah |
|
Pringkat Penggajian PPBU Bank Rakyat
Yayasan Bank Rakyat membuka tawaran Pembiayaan ini kepada pelajar di peringkat pengajian seperti berikut:
- Sijil Kemahiran
- Diploma Kemahiran
- Diploma
- Ijazah Sarjana Muda
- Sarjana
- Sijil Profesional
Tarikh Permohonan PPBU Bank Rakyat
Untuk pemohon yang berminat, permohonan boleh dibuat mulai 18 September 2023 sehingga 17 Oktober 2023.
Jumlah Pembiayaan PPBU Bank Rakyat
Berikut adalah merupakan jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi pembiayaan ini mengikut peringkat pengajian iaitu:
- Sijil Kemahiran: Maksimum RM30,000 untuk 2 tahun (RM400 sebulan)
- Diploma Kemahiran: Maksimum RM30,000 untuk 3 tahun (RM400 sebulan)
- Diploma: Maksimum RM7,500 setahun (UiTM & Politeknik hanya RM5,000)
Kursus Yang Layak PPBU Bank Rakyat
Pembiayaan ini terbuka kepada semua bidang pengajian kecuali kursus perubatan dan penerbangan. Keutamaan permohonan akan diberikan kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam kursus berikut:
- Perakaunan
- Perbankan
- Pengurusan perniagaan
- Sumber Manusia
- Ekonomi
- Komunikasi Media
- Undang-undang
- Sains Aktuari
Bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma, kursus yang layak adalah dalam semua bidang pengajian. Untuk peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), institusi mereka perlulah diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) manakala bagi sijil kemahiran lain pula diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.
Kadar Bayaran Balik PPBU Bank Rakyat
Peminjam PBBU Bank Rakyat tidak perlu buat sebarang bayaran balik pinjaman jika tamat pengajian dengan CGPA 3.50 ke atas! Berikut adalah merupakan pertarusan pembayaran balik iaitu:
CGPA | Diskaun | Peratusan Pembayaran Balik |
3.50-4.00 | 100% | 0% |
3.33-3.49 | 90% | 10% |
3.00-3.32 | 80% | 20% |
2.75-2.99 | 50% | 50% |
2.50-2.74 | 30% | 70% |
<2.50 | 0% | 100% |
Cara Permohonan PPBU Bank Rakyat
Untuk memohon sila ikuti langkah berikut:
- Layari pautan yayasanbankrakyat.com.my
- Pastikan anda telah mendapat tawaran kemasukan daripada universiti tempatan.
- Sila daftar permohonan di portal Yayasan Bank Rakyat untuk mengisi borang permohonan.
- Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web Yayasan Bank Rakyat, e-mel dan SMS. Surat tawaran juga akan die-melkan kepada pemohon yang berjaya disenarai pendek.
- Pemohon yang berjaya disenarai pendek dikehendaki untuk menjawab soalan kuiz secara atas talian.
- Sila simpan satu salinan borang permohonan lengkap untuk tujuan rujukan.
Semakan Keputusan Tawaran PPBU Bank Rakyat
Keputusan bagi permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah 2023, semakan boleh dilakukan melalui laman web Yayasan Bank Rakyat di pautan berikut:
Maklumat Lanjut
Layari laman web Yayasan Bank Rakyat untuk maklumat lanjut.
Artike Lain : Permohonan Skim Agihan Awal IPT (Lembaga Zakat Kedah)