SEMAKAN KEPUTUSAN & PENDAFTARAN ULANGAN SEMESTER 2 STPM 2022 (Rayuan)

SEMAKAN KEPUTUSAN & PENDAFTARAN ULANGAN SEMESTER 2 STPM 2022 (Rayuan)

SEMAKAN SEMESTER STPM

Kepada para pelajar lepasan STPM, anda kini boleh membuat semakan keputusan peperiksaan semester 2 secara online. Sekiranya anda ingin membuat rayuan semakan semula dan membuat pendaftaran ulangan peperiksaan STPM semester 2, disini kam akan kongsikan kepada anda.

 

APA ITU STPM

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) merupakan peperiksaan prauniversiti yang diduduki oleh pelajar Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Higher School Certificate (HSC).

Peperiksaan adalah salah satu daripada dua sistem prauniversiti yang utama untuk kemasukan universiti awam Malaysia dan diiktiraf oleh setiap universiti di peringkat antarabangsa.

 

MATA PELAJARAN STPM

Berikut adalah merupakan antara mata pelajaran yang ditawarkan melalui STPM:

BILMATA PELAJARANKOD
1Pengajian Am900
2Bahasa Melayu910
3Bahasa Cina911
4Bahasa Tamil912
5Bahasa Arab913
6Literature in English920
7Kesusasteraan Melayu Komunikatif922
8Syariah930
9Usuluddin931
10Sejarah940
11Geografi942
12Ekonomi944
13Pengajian Perniagaan946
14Perakaunan948
15Mathematics (M)950
16Mathematics (T)954
17Information and Communications Technology (ICT)958
18Physics960
19Chemistry962
20Biology964
21Sains Sukan966
22Seni Visual970
23Tahfiz Al-Quran932

NOTA: Hanya 4 atau 5 mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib.

 

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN STPM

Semakan keputusan peperiksaan semester 2 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2022 boleh dibuat mulai 5 Oktober 2022.

 

CARA SEMAKAN KEPUTUSAN STPM

Berikut adlaah merupakan cara untuk membuat semakan keputusan:

  1. Secara online
  2. Secara SMS
    • Taip STPM<jarak>RESULTS2<jarak>No Kad Pengenalan.
    • Hantar ke 15888.

 

CARA RAYUAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN STPM

Kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan, berikut adlaah merupakan caranta:

Tarikh Rayuan Semak Semula Keputusan STPM

  • Permohonan semakan semula boleh dibuat mulai 12 Oktober 2022 sehingga 18 Oktober 2022.

Kadar Bayaran Rayuan Semak Semula Keputusan STPM

  • Sebanyak RM50 yang akan dikenakan bagi setiap satu mata pelajaran.

Tempoh Keputusan Rayuan Semak Semula Keputusan STPM

  • Keputusan semakan akan diumumkan selepas 20 hari daripada tarikh tutup permohonan.

Cara Rayuan Semak Semula Keputusan STPM

 

CARA PENDAFTARAN ULANGAN STPM SEMESTER II(SEMAKAN SEMESTER STPM)

Kepada anda yang ingin membuat pendaftaran semula STPM Semester II, berikut adalah caranya:

Tarikh Pendaftaran Ulangan STPM

  • Permohonan pendaftaran ulangan peperiksaan STPM semester 2 mulai 5 Oktober 2022 sehingga 11 Oktober 2022.

Kadar Bayaran Pendaftaran Ulangan STPM

  • Bayaran sebanyak RM50.00 akan dikenakan untuk 1 mata pelajaran.

Cara Permohonan Pendaftaran Ulangan STPM

  • Permohonan pendaftaran ulangan semula STPM Semester II ini boleh dibuat mulai tarikh buka melalui pautan http://online.mpm.edu.my.

 

MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN SEMESTER STPM

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai semakan semula dan pendaftaran ulangan STPM, anda boleh melayari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia

 

ARTIKEL LAIN

Pendaftaran Memperbaiki Keputusan STPM 2021(Ulangan)

Leave a Comment