Portal SIMPENI 2023 :Login & Semakan Keputusan UPKK (JAKIM)
Log masuk SIMPENI KAFA atau Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI)
Satu demi satu sistem online dibangunkan bagi memudahkan pengurusan dan pentadbiran pelbagai agensi kerajaan yang ada hari ini. Ia seiring dengan kemajuan ICT dan perkembangan penggunaan internet dikalangan pengguna di Malaysia sekarang terkini log masuk SIMPENI KAFA diperkenalkan.
Sekarang ini tiba giliran kalangan sekolah KAFA di Malaysia menggunapakai sistem online yang boleh membantu pelbagai urusan termasuklah untuk tujuan log masuk kemaskini maklumat data melibatkan sekolah KAFA di Malaysia. Nama sistem ini adalah simpeni UPKK ataupun sempeni kafa kedua-duanya adalah sama.
Jadi segala maklumat dan data yang diperlukan boleh diperolehi secara terus melalui sistem Log masuk SIMPENI KAFA ini. Sangat mudah untuk digunakan dan dikendalikan termasuklah untuk pembelajaran secara maya atau online.
Melalui Log masuk SIMPENI KAFA ini juga, anda boleh akses jadual waktu peperiksaan bagi ujian penilaian kelas KAFA dan juga semak keputusan upkk untuk tahun ini secara online. Dan banyak laagi kemudahan dan maklumat yang boleh anda perolehi terus di portal ini.
Latar Belakang SIMPENI KAFA
Bermula pada tahun 2006, satu sistem berkomputer telah dirancang dan diwujudkan dengan bantuan Bahagian Pengurusan Maklumat, JAKIM melalui pembangunan aplikasi Sistem Maklumat Pendidikan Islam Malaysia (SIMPENI) bagi membolehkan pengisian data secara elektronik. Pelaksanaan SIMPENI ini ditambahbaik lagi pada tahun 2014 di mana penggunaan SIMPENI diperluaskan sehingga ke peringkat sekolah/premis KAFA yang membolehkan setiap sekolah/premis mempunyai guru data yang bertanggungjawab mengurus data sekolah masing-masing dengan lebih cekap dan efektif.
SIMPENI telah menjadi rujukan utama bagi membekal data-data penting berkaitan sekolah agama dan KAFA seluruh Malaysia khususnya dalam pengurusan jawapan Parlimen, Mesyuarat Utama Jabatan, penyaluran bantuan oleh Kerajaan Persekutuan seperti Bantuan Secara Kepada Sekolah Tahfiz/Sekolah Pondok/Sekolah Agama Rakyat, Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia (BKAP1M), Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) dan lain-lain.
Sistem ini juga menjadi sumber kepada pelaporan statistik Perangkaan Pendidikan Islam di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, rujukan bagi penyediaan unjuran tahunan perjawatan Guru / Penyelia KAFA serta sebagai rujukan tunggal untuk Jabatan Agama Islam Negeri / Majlis Agama Islam Negeri.
Login Daftar Portal SIMPENI
Sila rujuk langkah berikut untuk login / daftar ke Portal SIMPENI.
- Layari laman web ini
- Pilih button “log masuk”
- Masukkan ID Pengguna : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX
- Kata Laluan : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX
Tarikh Penting MPKAFA 2023
Akan dikemaskin untuk 2023
Semua maklumat di dalam Portal SIMPENI hendaklah sentiasa dikemaskini oleh pihak pengurusan sekolah melalui Guru Data yang dilantik.
Berikut dikongsikan Jadual Pengurusan Pelaksanaan UPKK bagi Tahun 2022 untuk makluman guru, ibu bapa dan pelajar.
JADUAL PENGURUSAN PELAKSANAAN UPKK
Tarikh Semakan Keputusan UPKK 2022/2023
Semakan keputusan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 akan diumumkan pada 9 Mac 2023.
Semakan Keputusan UPKK MPKAFA 2022/2023
Berikut adalah merupakan cara untuk menyemak Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu:
Semak Keputusan UPKK Secara Online
- Layari Website Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI)
Semak Keputusan UPKK Secara SMS
- Melalui khidmat pesanan ringkas (Short Message Service – SMS) UPKK <jarak> No Kad Pengenalan / No Kad Pengenalan Khas dan hantar ke 15888.
Nota: Pastikan anda masukkan maklumat yang betul bagi memastikan keputusan ujian UPKK yang anda mahukan diperolehi tanpa sebarang masalah dan isu.
Cara Kemaskini Maklumat Log Masuk SIMPENI KAFA
Cara untuk mengemaskini maklumat di dalam sistem “SIMPEN1”
- Layari laman web ini
- Pilih button “log masuk”
- Paparan gambarajah di bawah akan dipaparkan.
- Masukkan ID Pengguna : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX
- Kata Laluan : (no kad pengenalan) tanpa (-) cth 70020810XXXX
- Setelah paparan log masuk berjaya, sila kemaskini maklumat berkaitan:-
- Sekolah (yang berkaitan sahaja)
- Pengetua
- Guru
- Kelas
- Pelajar
Pengguna adalah dikalangan Pengetua / Guru Besar / Ketua Guru atau Guru Data yang dilantik oleh pihak sekolah.
** Nota Penting:
Pengguna sistem Log masuk SIMPENI KAFA perlulah didaftarkan terlebih dahulu dengan cara;
- Melengkapkan Borang Maklumat Guru Data di bawah.
- Hantar bersama Borang Pendaftaran Sekolah dan dokumen-dokumen sokongan yang lain ke Unit Pendidikan Islam (UPI) Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) kawasan masing-masing.
* Semua maklumat di dalam Simpeni hendaklah sentiasa dikemaskini oleh pihak pengurusan sekolah melalui Guru Data yang dilantik.
Tutorial Sistem Simpeni KAFA UPKK
Mypt3 dimaklumkan yang mana sistem sempeni KAFA masih lagi belum mahir diguna ramai. Jadi memandangkan masalah ini, Mypt3 berbesar hati untuk berkongsi bagaimana cara menggunakaan sistem online ini. Butirannya ada di bawah ini :
1) Boleh terus ke portal maklumat Pendidikan Islam
2) Pastikan anda sudah register dan lakukan perdaftaran untuk anda mendapat akses untuk login sistem online ini
3) Jikalau anda berjaya login anda akan dibawa masuk dan akan terpapar nama sekolah anda
4) Jikalau anda mahu melakukan update dan kemaskini, boleh klik pada nama sekolah kafa anda itu untuk melakukannya termasuklah untuk tujuan menambah pelajar KAFA yang terbaru.
Cara untuk menambah pelajar dan mengemaskinikan maklumat sangat mudah dan senang.
Ditambah sekarang ini kerajaan dalam proses untuk memperbaiki tahap kepantasan internet di Malaysia memudahkan kalangan guru kafa contohnya untuk menggunakan sistem online kafa ini.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan Log masuk SIMPEN1 KAFA anda boleh merujuk pada sluran berikut:
- Alamat: Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya
- Tel:603 – 8870 7000
- Faks:603 – 8870 7003
Artikel lain : Jadual Waktu Peperiksaan UPKK KAFA