SSPN Prime 2023 (Cara Daftar Login Online & Tambah Deposit)
Perbadanan Nasional Berhad telah memperkenalkan produk terbaru iaitu SSPN Prime. Anda boleh memanfaatkan produk terbaru ini untuk membuat simpanan yang selamat.
Kami akan kongsikan cara daftar online serta tambah deposit dalam akaun tersebut.
Apa Itu SSPN PRIME
SSPN Prime merupakan salah satu produk terbaru daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selain daripada SSPN Plus.
Ianya adalah satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan bagi tujuan simpanan untuk melanjutkan pengajian pendidikan tinggi.
Bagi yang mungkin terkeliru pula, SSPN Pr1me dahulunya juga dikenali dengan nama SPPN-i.
Cara daftar secara online SSPN PRIME
- Layari pautan https://online.sspn.my/buka
- Isikan tarikh semasa pembukaan akaun
- Isikan nama pendeposit
- Pilih maklumat keturunan
- Masukkan nombor kad pengenalan
- Pilih jenis akaun
- Tarikh lahir pendeposit akan dimasukkan secara automatik berdasarkan maklumat kad pengenalan
- Lengkapkan kesemu butiran yang dikehendaki antaranya:
- Maklumat pekerjaan
- Jumlah pendapatan
- Alamat semasa
- Poskod alamat semasa
- No. Tel rumah (jika ada)
- No. Tel bimbit
- Emel
- … dan banyak lagi
- Masukkan amaun deposit minimum RM20
- Masukkkan Kod Eksekutif PTPTN (EP)
- Klik tick pada checkbox
- Klik pada butang hantar
- No. Akaun SPPN anda dan amaun yang ingin dideposit akan dipaparkan
- Klik pada butang Bayar
- Lengkapkan pembayaran menggunakan kemudahan perbankan internet
Untuk langkah lebih detail perkaitan cara pendaftaran akaun SSPN Pr1me, boleh layari alamat https://online.sspn.my/buka
Cara daftar secara offline
Sekiranya anda kurang mahir mendaftarkan akaun secara online, anda boleh berbuat demikian secara offline melalui sala satu alternatif berikut:
- Melalui kaunter PTPTN cawangan berdekatan
- Ejen Online PTPN
- Eksekutif Pemasaran PTPTN
Login akaun SSPN PRIME
Segala urusan mengenai SSPN Pr1me boleh dilakukan di halaman rasminya di alamat berikut https://lovesspn.com/
Di halaman rasmi ini, anda boleh melakukan pelbagai perkara antaranya:
- Pembukaan akaun
- Penambahan deposit
- Semakan penyata
Kelebihan SSPN Prime
Sebelum mendaftarkan diri, adalah lebih elok sekiranya anda lihat dulu kelebihan SSPN Pr1me yang boleh anda nikmati seperti yang berikut:
- Tiada jumla minimum deposit yang ditetapkan
- Deposit boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan sebarang jumlah
- Pelepasan cukai sehingga RM8 ribu bagi simpanan bersih tahun semasa
- Perlindungan takaful bagi pendeposit yang memiliki simpanan RM1 ribu ke atas
- Manfaat takaful disatukan dengan simpanan akaun SSPN Pr1me
- Manfaat khairat kematian diabayar terus kepada waris atau penama
Artikel Lain : Semakan Cabutan WOW SIMPANAN SSPN 2022