LOG MASUK ePRESTASI KPM(Cara Isi PBPPP Di Sekolah)

LOG MASUK ePRESTASI KPM(Cara Isi PBPPP Di Sekolah)

LOG MASUK ePRESTASI KPM

Log masuk ePrestasi KPM mesti diketahui oleh para guru sebagai satu sistem penilaian prestasi baru yang diperkenalkan oleh KPM. Pelaksanaan Log masuk ePrestasi KPM Penilaian Pertama Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tahun 2023 melalui ePrestasi KPM telah bermula.

Mohon Pegawai Penilai (PP) yang dilantik menyemak serta memastikan senarai Pegawai Yang Dinilai (PYD) di bawah seliaan, paparan borang skor PYD dan instrumen PYD adalah TEPAT berdasarkan bidang tugas PYD. Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang PBPPP dan Log masuk ePrestasi KPM.

 

Apakah Log Masuk ePrestasi KPM?

Log masuk ePrestasi KPM merupakan salah satu aplikasi KPM di bawah Sistem Maklumat Guru, dimana sebelum ini penilaian guru menggunakan sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), kini guru akan dinilai menggunakan Log masuk ePrestasi KPM instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) yang mana telah dilaksanakan sepenuhnya bermula 2016.

Laman sesawang ePrestasi ini boleh dilayari oleh semua pihak untuk mendapatkan maklumat berkaitan PBPPP melalui Modul Manual Pengguna.

Melalui modul tersebut, bahan yang berkaitan PBPPP boleh dimuat turun.

Laman sesawang ini hanya boleh diakses (log masuk) oleh JK PBPPP dan PP yang dilantik sahaja.

Integriti pegawai yang layak untuk akses perlu dijaga supaya pihak yang berkenaan tidak menyalahgunakan sistem tersebut.

PP juga boleh menyemak status penilaian PYD di bawah seliaan mereka melalui aplikasi mudah alih bagi sistem e-Prestasi iaitu MyPBPPP.

Sistem e-Prestasi dibangunkan bagi pelaksanaan PBPPP dan boleh dilayari melalui laman sesawang https://eprestasi.moe.gov.my

 

Apakah PBPPP?

PBPPP adalah penilaian yang memberi fokus kepada penilaian dan pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Log masuk ePrestasi KPM

Penilaian ini juga merupakan suatu penilaian berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) berdasarkan standard prestasi yang telah ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 –2025.

PBPPP memberi fokus kepada elemen:

  • Kompentensi
  • Potensi
  • Keberhasilan Ia berasaskan Gred dan Jawatan, serta mengikut konsep berasaskan bidang tugas dan tempat bertugas.
  • Penilaian ini diwujudkan berdasarkan Anjakan 4: Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan berasaskan kompetensi. Anjakan 5: Kepimpinan berprestasi tinggi, dengan memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan dan penggantian bagi pengetua dan Guru Besar mulai 2013.

Terdapat lima kategori kumpulan dalam komponen fungsional berasaskan bidang tugas iaitu PdP, PT (A), PT (B), Fasilitator dan Jurulatih.

 

Tempoh Penilaian ePrestasi KPM

Fleksibiliti diberikan kepada organisasi untuk melaksanakan penilaian secara berterusan dalam tempoh satu tahun penilaian mengikut takwim yang dikeluarkan oleh KPM. Log masuk ePrestasi KPM

Sila rujuk Takwim PBPPP 2021 di bawah untuk senarai tarikh penting untuk penilaian:

TAKWIM PBPPP 2021

Bagi anda yang belum membuka akaun SSPN untuk anak anda sekarang boleh buka akaun SSPN secara online.

3 Fasa Penilaian ePrestasi KPM

PPP akan dinilai berdasarkan Penilaian Kompetensi dan Potensi yang merangkumi Generik dan Fungsional serta Penilaian Keberhasilan. Log masuk ePrestasi KPM Penilaian dibuat mengikut aspek dalam instrumen dan prestasi pencapaian PYD diberikan mengikut aras penilaian sama ada Cemerlang, Baik, Sederhana, Memuaskan atau Lemah berdasarkan rubrik yang ditetapkan.

Sepanjang tempoh setahun pelaksanaan, terdapat tiga fasa penilaian iaitu prapenilaian, semasa penilaian dan pascapenilaian.

FASA 1: Prapenilaian

Perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam fasa ini ialah:

  1. Ketua Jabatan (Pengerusi JK PBPPP) melantik ahli-ahli dalam JK PBPPP di organisasi dan mendapatkan pengesahan daripada agensi penyelia.
  2. JK PBPPP dan PP perlu merujuk takwim pelaksanaan PBPPP pada tahun semasa yang dikeluarkan oleh KPM dan agensi penyelia.
  3. Pengerusi perlu mengadakan Mesyuarat JK PBPPP.
  4. JK PBPPP memutuskan pelantikan PP peringkat organisasi dan mendapatkan pengesahan daripada agensi penyelia.
  5. JK PBPPP melaksanakan taklimat/ pemakluman pelaksanaan PBPPP di peringkat organisasi pada tahun semasa.
  6. JK PBPPP menyediakan perancangan pengurusan penilaian PBPPP peringkat organisasi.
  7. PP menyediakan perancangan pelaksanaan penilaian secara individu

FASA 2: Semasa Penilaian

Perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam fasa ini ialah:

  1. PP1 dan PP2 berbincang dengan PYD untuk menetapkan sasaran keberhasilan.
  2. PP1 dan PP2 membuat penilaian secara berterusan terhadap PYD.
  3. PP1 dan PP2 memasukkan skor melalui sistem e-Prestasi dua kali setahun.
  4. PP dan PP2 memaklumkan kepada PYD berkaitan pencapaian semasa dan memberikan bimbingan untuk meningkatkan pencapaian PYD dalam tugas yang dijalankan.
  5. PP1, PP2 dan PYD membuat semakan semula sasaran komponen keberhasilan selepas penilaian pertama (jika perlu).
  6. PP1 dan PP2 menyimpan dan menghantar skor PYD melalui sistem e-Prestasi.
  7. PP1 dan PP2 membuat salinan borang skor dan menyerahkan salinan kepada PYD bagi setiap penilaian.
  8. PP1 membuat salinan penilaian borang keberhasilan dan menyerahkan salinan kepada PYD bagi setiap penilaian.
  9. JK PBPPP perlu memantau pelaksanaan PBPPP di organisasi masing-masing bagi memastikan pelaksanaan mengikut takwim dan prosedur yang ditetapkan.

FASA 3 : Pascapenilaian

Perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam fasa ini ialah:

  1. JK PBPPP perlu bermesyuarat untuk membuat pelarasan sekiranya wujud perbezaan markah yang tidak tekal antara PP1 dan PP2.
  2. JK PBPPP perlu memastikan markah akhir PYD yang telah diselaraskan dihantar melalui sistem e-Prestasi.
  3. PYD boleh mendapatkan markah prestasi bagi tahun penilaian melalui Sistem HRMIS selepas dimuktamadkan oleh PPSM Induk KPM.

 

Maklumat Lanjut Log Masuk ePrestasi KPM

Untuk maklumat lanjut tentang Log masuk ePrestasi KPM, sila layari https://eprestasi.moe.gov.my/manual.html

  • Alamat: UNIT PENILAIAN KOMPETENSI, CAWANGAN LATIHAN DAN KOMPETENSI, BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, ARAS 4, BLOK E12, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.
  • Telefon: 03-8884 7294/ 7287/ 72884

Leave a Comment