CALON PERSENDIRIAN SPM SPMU 2024(Pendaftaran)

CARA DAFTAR CALON PERSENDIRIAN SPM & SPMU 2024

CALON PERSENDIRIAN SPM SPMU 2024(Pendaftaran)

Kementerian Pendidikan Malaysia ada menyediakan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) kepada mereka yang berminat untuk menduduki peperiksaan ini. kepada calon persendirian SPM SPMU yang berminat boleh membuat permohonan. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

 

APA ITU CALON PERSENDIRIAN SPM

Calon persendirian bermaksud mereka yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM secara sendiri tanpa melalui sekolah atau institusi pendidikan yang lain.

SUBJEK DITAWARKAN SPM ULANGAN TAHUN 2024

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
  • Sejarah
  • Matematik
  • Sains

NOTA: Calon tidak dibenarkan mendaftar Sains sekiranya mendaftar mana-mana 2 mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi.

 

TARIKH PENDAFTARAN SPM & SPMU TAHUN 2024

Pendaftaran bagi calon persandirian untuk tahun 2024 boleh dibuat 27/05/2024 – 07/06/2024

 

KADAR BAYARAN CALON PERSENDIRIAN SPM & SPMU

Berikut adalah merupakann kadar bayaran yang ditetapkan bagi peperiksaan SPM dan SPMU adalah seperti berikut:

  • Bayaran Asas: RM20.00
  • Bayaran Mata Pelajaran
    – 119 Bahasa Inggeris: RM20.50
    – Mata Pelajaran Tanpa Pentaksiran Pusat: RM10.50
    – Mata Pelajaran Dengan Pentaksiran Pusat: RM12.00
  • Bayaran Calon Lewat: RM150.00

 

SYARAT KELAYAKAN CALON PERSENDIRIAN SPM & SPMU

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pendaftaran peperiksaan ini adalah seperti berikut:

  1. Calon baharu SPM mestilah berumur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan
  2. Orang perseorangan yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPMU berdasarkan syarat yang ditetapkan LP (calon mengulang).
  3. Mendaftar secara dalam talian sepenuhnya di https://sppat.moe.gov.my.

 

CARA PERMOHONAN CALON PERSENDIRIAN SPM & SPMU

Berikut adalah merupakan cara membuat permohonan iaitu:

  1. Layari laman web http://sppat2.moe.gov.my/.
  2. Klik Bahagian ‘Sistem pendaftaran peperiksaan untuk Calon Persendirian (SPM dan SPMU)’ dan pilih peperiksaan yang dikehendaki.
  3. Klik bahagian ‘Daftar Calon Baharu.’
  4. Masukkan nombor kad pengenalan klik butang ‘Mohon.’
  5. Sahkan maklumat yang diisi dan pastikan nombor kad pengenalan merupakan milik anda serta kemudian klik butang ‘Teruskan.’
  6. Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan dan klik butang ‘Teruskan.’
  7. Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan dan klik butang ‘Teruskan.’
  8. Tentukan mata pelajaran elektif sebagai mata pelajaran tambahan sekiranya anda memilih lebih daripada 10 mata pelajaran. Pemilihan mata pelajaran tambahan tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih daripada bilangan yang telah ditetapkan dan klik butang ‘Teruskan.’
  9. Pilih pusat peperiksaan dan klik butang ‘Teruskan.’
  10. Semak maklumat pendaftaran dan klik butang ‘Hantar.’
  11. Selepas maklumat pendaftaran berjaya dihantar, pastikan bayaran yuran peperiksaan dibuat secara perbankan elektronik. Permohonan yang telah dibayar sahaja akan diproses.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my/.

ARTIKEL BERKAITAN:

4 thoughts on “CALON PERSENDIRIAN SPM SPMU 2024(Pendaftaran)”

  1. Bolehkah saya mengulangi SPM pada umur 22 tahun? saya pernah mengambil spm pada umur 17 tahun dan merupakan calon pada tahun 2018. Keputusan saya dahulu dapat 5 kredit dengan bahasa melayu dan sejarah cuma ‘B’. Tetapi saya ingin mengulangi semula SPM kerana subjek Matematik saya ‘D’ , Biologi ‘D’ , Kimia ‘E’ dan matematik tambahan saya gagal. Saya juga ingin mengambil subjek matapelajaran Fizik walaupun saya tidak pernah belajar matapelajaran tersebut. Sekiranya saya boleh mendaftar sebagai calon persendirian (atau ulangan?) saya berhasrat untuk mendapatkan tuisyen dan komited untuk belajar matapelajaran yang saya sangat minati. Dahulu saya tidak dapat fokus dengan SPM2018 kerana pelbagai faktor dan saya juga rasa sedih kerana tidak dapat mengambil subjek fizik kerana sekolah saya terdahulu tidak mengalakkan saya untuk mengambilnya dan digantikan dengan matapelajaran prinsip perakaunan.

    saya juga merupakan calon lepasan stpm dan mengambil jurusan ekonomi. TETAPI saya mahu menukar arah kerjaya saya . Saya langsung tiada minat dalam bidang tersebut dan sangat minat dalam bidang teknologi perubatan.

    Jadi saya berharap Komen\pertanyaan saya dapat balasan daripada cikgu. terima kasih.

    Balas

Leave a Comment