Cara Daftar Calon Persendirian SPM & SPMU 2022
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan peperiksaan yang amat penting di Malaysia. Kebanyakan majikan meletakkan syarat minima mempunyai SPM kepada sesiapa yang ingin berkerja di syarikat mereka
Ada juga dalam kalangan rakyat yang gagal dalam SPM dan ingin menduduki peperiksaan tersebut kerana kesedaran kepentingan SPM demi kelangsungan masa depan mereka. Oleh itu KPM menyediakan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) kepada mereka yang berminat untuk menduduki peperiksaan ini.
Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian dan terdapat dua sesi iaitu sesi Jun dan sesi November. Bagi tahun 2022, sesi September hanya menawarkan maksima tiga kertas iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik dan dijangkakan akan berlangsung pada (akan dikemaskini). Manakala sesi Februari/Mac pula menawarkan semua subjek SPM dan akan diadakan pada tarikh yang sama seperti SPM 2022.
Tarikh Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2022
Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2022 bermula 12 hingga 14 September 2022.
Cara Muat Turun Pernyataan Pendaftaran SPMU
Pernyataan pendaftaran peperiksaan boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my
Tarikh Pendaftaran Calon Persendirian SPM & SPMU 2022
pendaftaran bagi kedua-dua peperiksaan ini boleh dibuat mulai 8 Mei 2022 sehingga 10 Julai 2022 secara atas talian.
Kadar Bayaran Calon Persendirian SPM & SPMU
Kadar bayaran yang ditetapkan bagi peperiksaan SPM dan SPMU adalah seperti berikut:
- Bayaran Asas: RM20.00
- Bayaran Mata Pelajaran
– 119 Bahasa Inggeris: RM20.50
– Mata Pelajaran Tanpa Pentaksiran Pusat: RM10.50
– Mata Pelajaran Dengan Pentaksiran Pusat: RM12.00 - Bayaran Calon Lewat: RM150.00
Syarat Kelayakan Tarikh Pendaftaran Calon Persendirian SPM & SPMU
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pendaftaran peperiksaan ini adalah seperti berikut:
- Calon baharu SPM mestilah berumur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan
- Orang perseorangan yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPMU berdasarkan syarat yang ditetapkan LP (calon mengulang).
- Mendaftar secara dalam talian sepenuhnya di sppat.moe.gov.my.
Tatacara Permohonan Calon Persendirian SPM & SPMU
Tatacara permohonan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:
1. Layari laman web http://sppat2.moe.gov.my/.
2. Klik bahagian ‘Daftar Calon Baharu.’
3. Masukkan nombor kad pengenalan klik butang ‘Mohon.’
4. Sahkan maklumat yang diisi dan pastikan nombor kad pengenalan merupakan milik anda serta kemudian klik butang ‘Teruskan.’
5. Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan dan klik butang ‘Teruskan.’
6. Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan dan klik butang ‘Teruskan.’
7. Tentukan mata pelajaran elektif sebagai mata pelajaran tambahan sekiranya anda memilih lebih daripada 10 mata pelajaran. Pemilihan mata pelajaran tambahan tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih daripada bilangan yang telah ditetapkan dan klik butang ‘Teruskan.’
8. Pilih pusat peperiksaan dan klik butang ‘Teruskan.’
9. Semak maklumat pendaftaran dan klik butang ‘Hantar.’
10. Selepas maklumat pendaftaran berjaya dihantar, pastikan bayaran yuran peperiksaan dibuat secara perbankan elektronik. Permohonan yang telah dibayar sahaja akan diproses.
Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my/.
Artikel Lain : Tarikh Jadual SPM 2022
Bolehkah saya mengulangi SPM pada umur 22 tahun? saya pernah mengambil spm pada umur 17 tahun dan merupakan calon pada tahun 2018. Keputusan saya dahulu dapat 5 kredit dengan bahasa melayu dan sejarah cuma ‘B’. Tetapi saya ingin mengulangi semula SPM kerana subjek Matematik saya ‘D’ , Biologi ‘D’ , Kimia ‘E’ dan matematik tambahan saya gagal. Saya juga ingin mengambil subjek matapelajaran Fizik walaupun saya tidak pernah belajar matapelajaran tersebut. Sekiranya saya boleh mendaftar sebagai calon persendirian (atau ulangan?) saya berhasrat untuk mendapatkan tuisyen dan komited untuk belajar matapelajaran yang saya sangat minati. Dahulu saya tidak dapat fokus dengan SPM2018 kerana pelbagai faktor dan saya juga rasa sedih kerana tidak dapat mengambil subjek fizik kerana sekolah saya terdahulu tidak mengalakkan saya untuk mengambilnya dan digantikan dengan matapelajaran prinsip perakaunan.
saya juga merupakan calon lepasan stpm dan mengambil jurusan ekonomi. TETAPI saya mahu menukar arah kerjaya saya . Saya langsung tiada minat dalam bidang tersebut dan sangat minat dalam bidang teknologi perubatan.
Jadi saya berharap Komen\pertanyaan saya dapat balasan daripada cikgu. terima kasih.
Masuk website lembaga peperiksaan dan buat permohonan calon mengulang