PSRA 2023(Tarikh Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama)
Kepada ibu bapa yang berada di Wilayah persekutuan yang mempunyai anak tahun 6 yang bersekolah di Sekolah Rendah Agama, semestinya akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA). Disini kami akan kongsikan kepada anda tarikh ujian penilaian tersebut, semoga membantu.
APA ITU UPSRA
Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) merupakan ujian yang dijalankan untuk Tahun 6 di Sekolah Rendah Agama (SRA), Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI (SIRAJ), Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) dibawah kelolaan Bahagian Pelajaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
MATA PELAJARAN UPSRA
Berikut adalah merupakan mata pelajaran yang harus dibuat ujian penilaian oleh murid iaitu:
- Al-Quran
- Tajwid
- Bahasa Arab
- Fekah
- Tauhid
- Akhlak
- Sirah
- Jawi Khat
SKOR PEMARKAHAN UPSRA
Berikut adalah merupakan skor permarkahan bagi ujian penilaian ini iaitu:
- Mumtaz (Cemerlang)
- Jayyid Jiddan (Sangat baik)
- Jayyid (Baik)
- Maqbul (Lulus)
- Musaadah (Perlu Bimbingan)
TARIKH PELAKSANAAN PERCUBAAN UPSRA
Sebelum menduduki ujian penilaian yang sebenar, murid perlu menjalani peperiksaan percubaan yang berlangsung pada 2 Oktober 2023 sehingga 6 Oktober 2023.
JADUAL PERCUBAAN UPSRA
Jadual percubaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama adalah seperti berikut:
TARIKH | MASA | MATA PELAJARAN | KOD MATA PELAJARAN | TEMPOH |
2.10.2023 (Isnin) | 3.00 hingga 4.30 petang | Bahasa Arab | BA01 | 1 Jam 30 Minit |
3.10.2023 (Selasa) | 2.15 hingga 3.45 petang | Fiqah | FQ03 | 1 Jam 30 Minit |
4.00 hingga 5.30 petang | Jawi Khat | JK02 | 1 Jam 30 Minit | |
4.10.2023 (Rabu) | 3.00 hingga 4.30 petang | Tauhid | TH05 | 1 Jam 30 Minit |
5.10.2023 (Khamis) | 2.15 hingga 3.45 petang | Akhlak | AK04 | 1 Jam 30 Minit |
4.00 hingga 5.30 petang | Tajwid | TJ06 | 1 Jam 30 Minit | |
6.10.2023 (Jumaat) | 3.00 hingga 4.30 petang | Sirah | SR07 | 1 Jam 30 Minit |
TARIKH UPSRA 2023
Tarikh pelaksanaan ujian penilaian SRA bagi tahun 2023 akan dijalankan di seluruh Wilayah Persekutuan bermula pada 20 November 2023 hingga 24 November 2023.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk daptkan maklumat lanjut mengenai Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama 2023, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
ARTIKEL LAIN:
- LAGU NEGERI SELANGOR(Download Lirik Audio Video)
- SEKOLAH SIRAJ JAWI:PERMOHONAN SEKOLAH INTEGRASI RENDAH AGAMA JAWI