PERMOHONAN KEMASUKAN AKADEMI KEMAHIRAN KEMAS SESI JULAI 2023
Terkini permohonan bagi kemasukkan Akademi Kemahiran KEMAS Sesi Julai 2023 telah dibuka. Kepada para pelajar terutamanya bagi lepasa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)yang berminat menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran yang tersedia boleh membuat permohonan. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga mmebantu.
APA ITU AKADEMI KEMAHIRAN KEMAS
Akademi Kemahiran diwujudkan sebagai satu tempat untuk meningkatkan kemahiran serta memperkasakan program TVET sebagai nilai tambah kepada masyarakat di dalam menuju wawasan negara.
OBJEKTIF AKADEMI KEMAHIRAN KEMAS
Berikut adalah merupakan objektif Akademi ini ditubuhkan iaitu:
- Memberi peluang kepada peserta aktiviti KEMAS untuk memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui modul berdasarkan National Occupational Skill Standard (NOSS) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
- Meningkatkan dan meluaskan lagi kemahiran Bidang Penyediaan Makanan dan Pembuatan Pakaian Lelaki kalangan belia / beliawanis luar Bandar.
- Melahirkan masyarakat yang berfikiran secara kreatif, bermaklumat, inovatif dan bersaing aktif di pasaran terbuka.
- Menyediakan tenaga kerja mahir dalam bidang jahitan pakaian sebagai modal insan luar bandar
- Melahirkan pengusaha dan tenaga mahir dalam bidang jahitan dan rekaan fesyen serta berdaya saing di sektor perindustrian tekstil
- Mewujudkan sinergi latihan dengan agensi kerajaan dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada masyarakat
KEMUDAHAN DITAWARKAN AKADEMI KEMAHIRAN KEMAS
Berikut adalah merupakan antara kemudahan yang ditawarkan di akademi ini iaitu:
- Yuran ditaja oleh KEMAS
- Kemudahan asrama disediakan
- Elaun bulanan
- Sijil: RM250
- Diploma: RM300
- Makan minum disediakan
- Bahan & Fasiliti pembelajaran disediakan
LOKASI AKADEMI KEMAHIRAN KEMAS
Pada masa kini terdapat dua akedemi yang terdapat dalam Malaysia iaiti:
- Akademi Kemahiran Kemas Sri Iskandar (AKKSI)
- 32600 Bandar Baru Seri Iskandar, Bota, Perak
- Tel : (05)- 371 2102
- Akademi Kemahiran Kemas Gopeng (AKKGO)
- Lot 133080, Laluan Persekutuan, 31600, Gopeng, Perak
- No Telefon : 05 -3572527
BIDANG DITAWARKAN AKADEMI KEMAHIRAN KEMAS
Berikut adalah merupakan antaran bidang yang ditawarkan mengikut Akademi iaitu:
AKKSI
BIL | NAMA BIDANG | KOD BIDANG | TAHAP | TEMPOH PENGAJIAN | SKOP KERJAYA |
PEMBUAT PAKAIAN LELAKI | |||||
1. | Pembuatan Pakaian Lelaki | TA-010-1 | 1 | 6 BULAN | Jahitan Peringkat Asas |
2. | Pembuat Pakaian Lelaki Kanan | TA-010-2 | 2 | 6 BULAN | Jahitan Peringkat Pertengahan |
3. | Penyelia Pembuat Pakaian Lelaki | TA-010-3 | 3 | 12 BULAN ( 1 TAHUN) | Jahitan Peringkat Tinggi |
PENYEDIAAN DAN PEMBUATAN MAKANAN | |||||
1. | Penyediaan dan Pembuatan Makanan | HT-012-2:2012 | 2 | 12 BULAN ( 1 TAHUN) | Masakan Peringkat Asas |
2. | Penyediaan dan Pembuatan Makanan | HT-012-3:2012 | 3 | 12 BULAN ( 1 TAHUN) | Masakan Peringkat Pertengahan |
AKKGO
BIL | NAMA BIDANG | KOD BIDANG | TAHAP | TEMPOH PENGAJIAN | SKOP KERJAYA |
1. | Pembuatan Pakaian Wanita | TA-011-2:2012 | 2 | 6 BULAN | Jahitan Peringkat Asas |
2. | Pembuatan Pakaian Wanita | TA-011-3:2012 | 3 | 12 BULAN ( 1 TAHUN) | Jahitan Peringkat Pertengahan |
3. | Pentadbiran Fesyen Dan Pakaian | TA-011-4:2013 | 4 | 24 BULAN (2 TAHUN) | Jahitan Peringkat Tinggi |
4. | Pengurusan Fesyen Dan Pakaian | TA-011-5:2013 | 5 | 24 BULAN (2 TAHUN) | Jahitan Peringkat Tinggi |
SYARAT KELAYAKAN AKADEMI KEMAHIRAN KEMAS
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi permohonan kemasukan akademi ini iaitu:
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 30 tahun.
- Kelayakan Akademik :
- SPM / SPM (V) / SPVM
- Lulus Bahasa Melayu dan Ujian Lisan.
- Sihat tubuh badan (tidak menghidap penyakit kronik, tidak buta warna dan lain-lain).
- Status Perkahwinan : Bujang
- Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 Bidang Pembuat Pakaian Lelaki dan Tahap 2 Bidang Penyediaan & Pembuatan Makanan hanya perlu mengemukakan sijil akademik danlain-lain sijil yang berkenaan sahaja.
- Bagi calon untuk kemasukan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 Bidang Penyediaan & Pembuatan Makanan danPembuat Pakaian Lelaki wajib memiliki SKM Tahap 2 dalam bidang yang dipohon.
- Bagi calon untuk kemasukan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)Tahap 4 – (Eksekutif Fesyen dan Pakaian) wajib memiliki SKM Tahap 3 (Pembuatan Pakaian Wanita @ Lelaki).
- Sekiranya Sijil Kemahiran Malaysia masih tidak diperolehi, sila sertakan Borang Pendaftaran & Slip Pengesahan Persijilan di dalam sistem mySPIKE (semakan SKM).
- Keutamaan kepada calon daripada keluarga yang berpendapatan rendah.
TARIKH PERMOHONAN AKADEMI KEMAHIRAN KEMAS
Kepada individu yang berminat boleh membuat permohonan segera. Berikut adalah merupakan tawaran bagi sesi 2023:
- AKKSI: Borang permohonan perlu dihantar sebelum atau pada 20 Jun 2023 (Selasa)
- AKKGO: Akan dikemaskini
CARA PERMOHONAN AKADEMI KEMAHIRAN KEMAS
Kepada anda yang berminat, boleh membuat permohonan kemasukan akademi ini seperti berikut:
- Muat turun borang permohonan pada pautan di bawa:
- Isikan segala maklumat yang diperlukan pada borang permohonan tersebut.
- Hantarkan borang permohonan yang telah lengkap kepada Pejabat KEMAS Negeri sebelum tarikh tutup permohonan
INFIGRAFIK AKADEMI KEMAHIRAN KEMAS SESI JULAI 2023
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan kemasukan ke Akedemi Kemahiran KEMAS, anda boleh melayari portal rasminya di pautan www.kemas.gov.my atau hubungi:
- AKKSI: 05-3712102
- AKKGO: 05-3572527
ARTIKEL BERKAITAN:
- Cara Kira Merit UPU Kemasukan Ke UA/IPTA (Lepasan SPM / STPM)
- Permohonan UPU Sesi Akademik 2023/224