Borang SKPMg2 dan Pengurusan Evidens Standard 4

Borang SKPMg2 dan Pengurusan Evidens Standard 4 ini dikongsikan untuk memudahkan pengurusan guru dalam menyediakan borang dan evidens SKPMg2 masing-masing. Bahan ini lengkap dengan penyediaan borang bermula standard 1 sehingga standard 5.

Apa itu SKPMG2?

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 ataupun SKPMg2 merujuk kepada penggubalan semula SKPM 2010 dengan beberapa penambahbaikan dan peningkatan kualiti pada beberapa standard. Standard yang ditambah baik ini melibatkan aspek berikut:

  1. Kepimpinan
  2. Pengurusan Organisasi
  3. Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
  4. Pengurusan Pembelajaran dan Pemudahcaraan
  5. Kemenjadian Murid

Penubuhan Jawatankuasa SKPM Sekolah

Jawatankuasa SKPM Sekolah (JKSS) perlu ditubuhkan untuk melancarkan pengurusan SKPMg2 di sekolah. Ahli JKSS yang dicadangkan adalah seperti berikut:

  1. Pengetua/Guru Besar
  2. Semua Penolong Kanan
  3. Setiausaha JKSS
  4. Guru Kanan Mata Pelajaran (bagi Sekolah Menengah)
  5. Setiausaha Kurikulum, Setiausaha Kokurikulum dan Setiausaha HEM
  6. Guru Data/Guru ICT

Kriteria Ahli PPS SKPMg2

PPS SKPMg2 merujuk kepada Pasukan Pelaksana Standard yang dilantik untuk mengurusakan SKPMg2. Berikut merupakan kriteria yang diperlukan oleh seseorang PPS:

  1. PPS yang dilantik sebolehnya hendaklah seorang warga sekolah yang bertanggungjawab secara langsung dalam pelaksanaan tugas yang berkaitan dengan sesuatu Aspek/TUMS.
  2. Setiap PPS boleh mempunyai Iebih daripada seorang ahli.
  3. Setiap orang boleh menganggotai lebih daripada satu PPS.
  4. Pembahagian tugas PPS hendaklah adil dan mengikut kepakaran masing-masing.
  5. PGB adalah ketua bagi semua Standard dan tidak dinamakan sebagai ahli PPS kecuali dalam Standard 4.

Borang SKPMg2 Standard 4

Standard 4 merujuk kepada Pengurusan Pembelajaran dan Pemudahcaraan. Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan meningkatkan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.

  • Guru sebagai perancang
  • Guru sebagai pengawal
  • Guru sebagai pembimbing
  • Guru sebagai pendorong
  • Guru sebagai penilai
  • Guru sebagai pembelajar aktif

Borang SKPMg2 Standard 4

Muat turun borang :
SKPMg2 Standard 4 – Pendidkan Khas
SKPMg2 Standard 4 – Aliran Perdana

Muat Turun Borang SKPMg2 Mengikut Standard

Borang-borang ini disediakan dalam bentuk excel untuk memudahkan guru mengedit mengikut dapatan masing-masing. Klik pautan borang di bawah untuk muat turun bahan.

  1. Standard 1 : Kepimpinan
  2. Standard 2 : Pengurusan Organisasi
  3. Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
  4. Standard 4 : Pengurusan Pembelajaran dan Pemudahcaraan
  5. Standard 5 : Kemenjadian Murid

Rujukan: Prosedur Pelaksanaan SKPMg2 dan Edaran PPS

1 thought on “Borang SKPMg2 dan Pengurusan Evidens Standard 4”

Leave a Comment