APLIKASI e-ASRAMA HARIAN KPM LOGIN (Kemaskini tah.moe.gov.my)
Terkini Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan satu aplikasi e-Asrama KPM bagi mengakses dan memasukkan maklumat asrama harian secara online. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara mendaftar dan mengemaskini, semoga membantu.
APA ITU APLIKASI e-ASRAMA HARIAN KPM
Aplikasi e-Asrama Harian KPM adalah aplikasi web yang dirancang khusus untuk pengguna yang ingin mengakses dan memasukkan maklumat prestasi asrama harian. Aplikasi ini memudahkan pengguna untuk mengemaskini maklumat prestasi asrama harian secara online.
MAKLUMAT DALAM e-ASRAMA HARIAN KPM
Sebanyak lapan (8) Tab disediakan kepada Pengguna (Peringkat Sekolah) untuk Data Prestasi Asrama Harian (DPAS) iaitu :
- Tab Kapasiti
- Tab Bilangan Murid
- Tab Kualiti
- Tab Pemantauan Asrama.
- Tab Ekuiti
- Tab Murid Asrama.
- Tab Standard Kualiti Pengurusan Asrama (SKPA)
- Tab Laporan Keseluruhan
CARA DAFTAR e-ASRAMA HARIAN KPM (Pengguna Kali Pertama)
Berikut adalah merupakan cara mendaftar sekiranya anda pengguna kali pertama iaitu:
- Layari pautan Aplikasi Pengurusan Asrama Harian KPM: https://tah.moe.gov.my/
- Pengguna pertama kali (pengguna baru) dikehendaki memasukkan maklumat asas seperti
- No MyKad
- Kata Laluan (Kod Sekolah)
- Klik Butang Log Masuk.
- Pengguna akan diminta untuk mengemaskini maklumat pengguna setelah Apabila pengguna
- berjaya masuk kepada sistem.
- Masukkan semua maklumat di perlukan seperti berikut:
- Nombor Mykad
- Nama Pegawai
- E-Mel
- No Telefon
- Kata Laluan Baru
- Pengesahan Kata Laluan Baru
- Setelah lengkap klik pada Kemaskini
- Pengguna berjaya mengemaskini maklumat akan menerima mesej dan Klik Butang OK
- Selesai, Sila Klik pada Log Keluar bagi tujuan keluar daripada sistem
CARA KEMASKINI DATA e-ASRAMA HARIAN KPM
Setelah selesai kemaskini maklumat anda, berikut adalah merupakan cara untuk kemaskini maklumat Data Prestasi Asrama Harian (DPAS) iaitu:
- Layari pautan Aplikasi Pengurusan Asrama Harian KPM: https://tah.moe.gov.my/
- Log masuk menngunakan No MyKad dan Kata Laluan anda
- Modul Data Prestasi Asrama Harian (Maklumat DPAS) akan dipaparkan
- Untuk mengemaskini maklumat Data (DPAS) pengguna perlu klik Maklumat DPAS.
- Sila pilih Tahun yang dikehendaki dan Klik Butang Seterusnya.
- Sistem akan memaparkan semua Tab yang perlu dikemaskini oleh pengguna. Anda boleh klik pada setiap tab tersebut untuk dikemaskini
NOTA: Pengguna dikehendakki memasukkan maklumat pada ruang yang telah disediakan dan Klik pada Butang Kemaskini.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan makluma lanjut mengenai e-Asrama Harian KPM, anda boleh melayari pautan Pengurusan Asrama Harian KPM
ARTIKEL BERKAITAN
- LOGIN IDME KPM (Sistem Pengurusan IDentiti MOEIS)
- ePANGKAT KPM 2023: LOGIN SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT (epangkat.moe.gov.my)
- Cara Daftar PLC Dalam SPLKPM (Contoh Rekod PLC Guna Modul Invididu)
1 thought on “APLIKASI e-ASRAMA HARIAN KPM LOGIN (Kemaskini tah.moe.gov.my)”