LOGIN EMIS ONLINE: SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH SPS
Login EMIS Online. KPM baru lagi memperkenalkan satu sistem dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah iaitu Sistem Pengurusan Sekolah atau EMISOnline.
Apa Itu EMiS?
Login EMIS Online merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Sistem Login EMIS Online ini dilaksanakan bertujuan untuk urusan pentadbiran dan pengurusan sekolah. Berikut adalah cara login EMIS online bagi guru yang boleh mengakses sistem online tersebut.
Sistem login EMIS online ini terbahagi kepada 3 iaitu :
- Modul Pengurusan Guru (eoperasi kpm login)
- Modul Pengurusan Guru (EMISS)
- Modul Pengurusan Murid (APDM)
Melalui SSO KPM atau Single-Sign-On Kementerian Pendidikan Malaysia, semuanya boleh di log masuk termasuk EMIS online ini.
Sistem SSQS juga antara yang perlu diketahui bagi memudahkan kerja di sekolah.
Sistem EMIS online ini bukan untuk semua guru mengakses atau log masuk ke sistem pengurusan sekolah online ini tetapi khas untuk pengurusan sekolah sahaja.
Anda ingin kemaskini data murid? Klik Login APDM Kemaskini Data Murid 2021.
Baca Juga: EGTukar KPM (Permohonan Pertukaran Guru epgo.moe.gov.my )
Login EMIS Online KPM Sistem Pengurusan Sekolah
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang EMIS KPM termasuk memaparkan kegunaan dan aplikasi login EMIS online :
Baca Juga: SPLKPM LOGIN: Panduan Mengisi Pembelajaran Kendiri (SPLG)
Kegunaan Data Emis Online KPM
Seperti yang telah diterangkan di atas, sistem EMIS online kpm ini sangatlah penting dan sebenarnya pelbagai maklumat yang berguna diberikan. Pengisian data pada sistem ini bukan sistem mengarut atau membazir bahkan sangat diperlukan dalam dunia pendidikan sekarang.
Antara sistem lain yang telah dibangunkan oleh KPM ialah SSDM iaitu sistem salah laku disiplin murid.
Kegunaan data pada sistem login EMIS ini adalah untuk kegunaan seperti di bawah
- Semakan Data Guru oleh SPR
- Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan (ABM)
- Latihan Dalam Perkhidmatan
- Semakan data guru oleh Bahagian Tajaan
- Kajian Sikap Kakitangan Awam oleh SPR
- Jawatankuasa pengambilam GSTT
- Semakan gred urusan kenaikan pangkat oleh SPP
- Audit Fizikal YB Timb. Menteri Pelajaran (Jabatan Perdana Menteri)
- Perancangan Pembangunan Lima Tahun (Rancangan Malaysia)
- Unjuran Guru
- Pemberian Elaun Pedalaman
- Pemantauan Peralatan
- Semakan data guru oleh PTPTN
- Jawatankuasa Pelaksana Kemasukan Murid Berumur 5 Tahun ke Tahun 1
- Semakan Status Hak Milik Tanah (BPPA)
- Pasukan Kerja Analisis Data Penyandang / Pengisian di KPM (BPSM/JPA)
Baca Juga: LOGIN ePRASEKOLAH:PENDAFTARAN & SEMAKAN PRASEKOLAH ONLINE SESI 2022
Cara Login EMIS Online
Berikut adalah merupakan cara untuk login EMIS online iaitu:
- Layari laman web EMIS iaitu https://emisonline.moe.gov.my/
- Login dengan memasukkan Login ID dan Katalaluan serta captcha (Login ID ialah kod sekolah).
- Klik butang ‘Login’ untuk log masuk.
- Kemaskini dan update maklumat pengurusan sekolah setelah berjaya login.
Baca Juga: eOperasi: Login Sistem Kemaskini Maklumat Guru KPM 2021
Perlanjutan Tempoh Pengesahan LPMS
Pelanjutan tempoh LPMS adalah seperti berikut:
- Untuk makluman, masalah teknikal sedang dialami oleh aplikasi ini. Bagi mengatasi masalah ini, tindakan penyelesaian sedang dilaksanakan oleh Pusat Data Enstek (PDE). Sehubungan itu, lanjutan sehingga 5 April 2018 (Khamis) bagi pengesahan data sekolah.
- Pengesahan data sekolah hendaklah dilakukan sebelum atau pada 31 Mac 2018 bagi pengguna yang tidak mengalami gangguan capaian ke aplikasi ini.
- Sebarang kesulitan sangatlah dikesali. Sekian, terima kasih.
Baca Juga: HRMIS 2.0 Login:Log Masuk Portal hrmis2.eghrmis.gov.my
Pengemaskinian EMIS Berfokus: Tandas
Kemaskini Berfokus Minggu Ini. Semua maklumat berkaitan tandas hendaklah dipastikan berdasarkan jenis tandas, jumlah, pengguna dan boleh guna
- Tandas Guru/ Staf
- Tandas Murid
- Tandas Guru/Staf (Asrama)
- Tandas Murid (Asrama)
(Pengguna Tandas: Gunasama merujuk tandas yang dikongsi murid dan staf termasuklah guru.
Baca Juga: PERMOHONAN BIASISWA MyBRAIN SC 2021 (PHD,MASTER & IJAZAH PERTAMA)
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut tentang EMIS, sila hubungi ;
- Sektor Data Pendidikan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Aras 1-4, Blok E8, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya Malaysia
- Telefon : 03-8884 6532
- Faks : 03-8884 6546
- Emel : [email protected]